Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

16 Jan 2010

APAKAH PERBEZAAN ANTARA MANUSIA & HAIWAN


Haiwan dicipta oleh Allah untuk “makan, cari makan,berehat, berhibur, tidur.  Dan akhirnya mati ..tamat cerita.” Itulah kisahnya haiwan; lembu, monyet, ikan, itek, ayam dan yang sebangsa dengan mereka.  Mereka hidupnya untuk makan, minum bersukaria, bila sampai masanya..disembelih ..atau mati..tamat riwayat, habis kisah! Tapi kita manusia..itu sajakah yang kita nak buat dan patut buat di dunia ini? Tamatkah kisah kita, habiskah cerita kita bila kita mati nanti?. Jawapannya tidak!
Bagi kita manusia, kematian tidak menamatkan segalanya. Mati hanyalah satu transisi ke alam akhirat. Pintu ke hari akhirat ialah kematian.  Semua orang akan mati. Kematian kita adalah satu fasa dari  rentetan perjalanan kita dari perut ibu menuju ke alam akhirat. Kerana ia adalah sesuatu yang pasti.   Ia pasti datang.

Hari ini, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan mungkin  saya, anda, saudara mara dan kawan-kawan kita pasti mati. Yang pasti datang ialah kematian. Umur tua  belum pasti. Usia emas bukan sesuatu yang bakal dimiliki  semua orang.
Ingat MATI itu pasti, TUA belum tentu. Janganlah kita lupa akan destinasi akhir kita ini. Jangan kita dilalaikan oleh kesibukan harian kita dari hakikat ini.
Allah memperingatkan kita:
Alhaakumuttakaathur . Hatta zurtumul maqabir...”
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),  SEHINGGA KAMU MASUK KE KUBUR.Surah Attakaathur: 1-2


Masjid Solatiah GR

http://picasion.com