KURSUS PENGURUSAN JENAZAH. SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI DENGAN TALIAN: 013-5812281. TQ ......

di sek men sri ampang ipoh pd 24 jun 2011

gif webcam

02/01/2012

Mengatasi Penyakit Perasan Bagus

Pernah tak Anda dengar frasa perasan bagus? Bagi saya, itu boleh disamakan dengan temberang, menunjuk-nunjuk, riak, membesarkan diri atau ‘cocky’ dalam Inggeris Amerika.

Perasan bagus adalah satu sikap di mana dia berasa dia amat bagus dan terlalu menunjukkan yang dia amat bagus. Ada ada orang yang merasa dia sangat bagus dalam sesuatu, tapi lebih suka diam-diam.

Sikap merasa diri amat bagus dan perasan bagus adalah penghalang terbesar kepada kecemerlangan. Anda akan terhalang dari menjadi cukup kreatif, kemudian ia akan menjejaskan perhubungan Anda dengan orang sekeliling, kawan-kawan Anda, ahli keluarga mahupun dengan kekasih Anda.

Sikap perasan bagus dikategorikan sebagai salah satu sikap negatif, kerana ia menjadikan Anda cenderung untuk memandang rendah pada orang lain. Kesannya dalam jangka masa panjang, sikap perasan bagus akan membuat Anda semakin tidak cemerlang, prestasi Anda terjejas dan emosi Anda jadi semakin rapuh, semakin down, down lalu terus down (er, bukan sindrom down!). usaha Anda menuju kejayaan semakin kurang berhasil walaupun Anda sudah bekerja keras, lebih ‘keras’ dari yang sebelumnya.

Sikap perasan bagus tak boleh disimpan lama-lama. Sikap itu kena diubah, ditinggalkan secara bertahap. Buang sikap tu jauh-jauh. Kita tak boleh buang sekaligus, tapi kita boleh melatih diri untuk membuangnya langkah demi langkah.

Untuk nak membuang sikap perasan bagus, latih diri Anda supaya suka belajar sepanjang masa. Pelajari sesuatu dari orang yang Anda lihat lebih mahir dari Anda dan jangan pernah merasa diri Anda sudah cukup bagus.

Jangan terlalu cepat berpuas hati tapi teruskan belajar, belajar belajar benda baru dari apa saja sumber. Lama kelamaan Anda akan semakin bagus dalam apa yang Anda usahakan tanpa Anda menyedarinya. Anda akan semakin bagus, tahap kebagusan Anda akan terus meninggi, meninggi lalu semakin meninggi.

Jika Anda student, Anda akan jadi student yang makin bagus. Jika Anda pekerja, Anda akan jadi pekerja yang semakin bagus. Jika Anda usahawan, Anda akan jadi usahwan yang semakin bagus, lebih bagus dari usahawan-usahawan seangkatan Anda!

Mulai hari ini, buang sikap perasan bagus. Puji dan kagumi orang yang kerjanya bagus, perangainya bagus dan attitudenya bagus. Kemudian, cabar diri Anda untuk cuba atasi tahap kebagusan yang dipamerkan olehnya!

SELAMAT DATANG KE BLOG YANEYMS DIAMBANG MAUT. SEMOGA MENDAPAT TAUFIK DAN HIDAYAH. INSYAA ALLAH ......
SRI BAYU ENTERPRISE: MELAKSANAKAN KURSUS PENGURUSAN JENAZAH. BERMINAT TEL:013-5812281/EMAIL:yani5004@yahoo.com

di SMK aminudin baki chemor pd 14 apr 2011

animated gif maker

di SMK Aminudin Baki pada 13 Jun 20011

di kolej aminudin baki pada 07 mac 2011

di kolej Zaaba (UPSI) pada 6 sept 2010

di SMK Aminuddin Baki pd 05/05/2010

di Kilang Proton Tanjong malim

di SMK Sri Ampang Ipoh

di SMK Tanjong Rambutan pd 17 Apr 2010

Pemantapan AJK Badan Khairat Kebajikan Desa Chepor indah pada 07 Nov 2010.

di SMK Sri Ampang Ipoh pada 22 okt 2010

di Surau Bandar Pulai Jaya pada 09 Mei 2010

desa chepor indah pada 20 dis 2009

di Masjid proton city pda 28 mac 2010

bersama Dato sri Nizar Jamaludin

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Cheap Web Hosting
1 2 3 4