Pada pendapat Anda, mana satu yang lebih bagus:
1. Bercinta-cinta sebelum kahwin?…Atau
2. Bercinta selepas kahwin?
Ini soalan rambang saja, hanya sebagai perbincangan dan untuk kita ambik motivasi darinya.Pada pendapat saya, berdasarkan ajaran agama dan etika kemsyarakatan, bercinta selepas kawin lebih bagus. Salah satu sebabnya, kita dah tak takut nak pegang tangan pasangan kita atau berjalan rapat dengannya di tempat awam.
Dengan bercinta selepas kahwin, kita boleh pamerkan cinta melalui perbuatan. Perbuatan kita tu pula dibenarkan oleh agama kerana dia sudah menjadi pasangan sah bagi kita, maka kulitnya halal untuk disentuh oleh tangan kita.
Tapi ada juga orang yang bercinta dulu sebelum kawin, bahkan ada yang bercinta berbelas tahun lamanya sebelum bernikah.
Setujukah Anda jika saya kata bercinta sebelum kawin ni amat berisiko?
Setujukah Anda jika saya kata bercinta sebelum kawin ni amat berisiko?
Berisiko untuk putus ditengah jalan, berisiko untuk melanggar batas-batas agama dan etika kemasyarakatan. Kita orang Melayu beragama Islam, sepatutnya tahu apa yang dilarang dan apa yang dibenarkan oleh syariah dalam menjalani perhubungan cinta.
Apa pendapat Anda?
Meh kita bincang. Mungkin Anda ada pengalaman tersendiri dalam menikmati cinta. Mungkin Anda bercinta sebelum kawin, atau bercinta selepas kawin, atau sedang mencari cinta?