Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

27 Jan 2011

ANTARA 9 MIMPI RASULLULLAH SAW.

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW: Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA. 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,...

12 GOLONGAN BANGKIT DARI KUBUR

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18: yang bermaksud:- "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki...

24 Jan 2011

4 KECELAKAAN PENZINA

DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina. Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada...

23 Jan 2011

4 KEBAHAGIAAN

"Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa." Huraian : Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu: a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna. b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan...

15 Jan 2011

BAGAIMANA MEMBINA DIARI KESYUKURAN

Rasa bersyukur membuat kita bersemangat selalu sebab kita rasa bahagia dan gembira. Dalam tips kali ni, kami di iMotivasi akan berkongsi dengan Anda cara bagaimana nak membina diari kesyukuran. Kami akan terangkan dari aspek teknikal supaya Anda mudah faham.Berikut adalah 3 langkah bagaimana membina diari kesyukuran.1. Tulis 100 perkara yang Anda syukuri hari ini. Untuk permulaan, mulakan dengan angka kecil dulu untuk melatih diri Anda. Pada hari pertama, tuliskan 10 perkara yang Anda syukuri hari itu. Hari kedua, tuliskan 20 perkara yang Anda...

12 Jan 2011

TIP MEMBINA KESYUKURAN MENURUT ISLAM

Islam menggalakkan Anda bersyukur, sebab makin Anda syukuri sesuatu nikmat pemberian Allah, makin banyaklah nikmat yang akan diberikan pada Anda. Ini bukan main-main dan bukan dibuat-buat kerana galakan bersyukur terkandung dalam petikan surah Ibrahim ayat ke-7 bermaksud “jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu”.Berterima kasih pada Tuhan akan membuat Anda gembira dan bersemangat kerana rasa kesyukuran yang lahir akan membuat emosi Anda berubah jadi gembira, terutama apabila rasa kesyukuran dinikmati sedalam-dalamnya....

10 Jan 2011

ETIKA MEMBERI NAMA ANAK

Pentingnya Pemberian Nama Nama adalah ciri atau tanda, maksudnya adalah orang yang diberi nama dapat mengenal dirinya atau dikenal oleh orang lain. Dalam surah Maryam ayat 7 Allah berfirman yang bermaksud: “Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia” Dan hakikat pemberian nama kepada anak adalah agar ia dikenal serta memuliakannya. Oleh sebab itu para ulama bersepakat akan wajibnya memberi nama kapada anak...

9 Jan 2011

KISAH & TAULADAN DARI RASULLULLAH SAW.

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah saw menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula...

10 SEBAB DOA BELUM DIMAKBUL

Adalah Ibrahim bin Adham rahimahullah (w.162 H), seorang ulama yang terkenal dengan kezuhudan dan ibadahnya, suatu hari ketika beliau sedang berjalan-jalan di pasar Bashrah, orang-orang mengerumuninya dan bertanya, “Wahai Abu Ishaq (panggilan Ibrahim bin Adham), sudah sejak lama kami memanjatkan do’a kepada Allah, tetapi mengapa do’a-do’a kami tidak di kabulkan?. Padahal Dia telah berfirman dalam kitab-Nya; “Berdo’alah kalian kepada-Ku, niscaya akan Aku kabulkan do’a kalian.” (Ghoofir: 60). Abu Ishaq menjawab, “Hal itu keranan hati kalian telah...

7 Jan 2011

BAGAIMANA MENGEKALKAN KEGEMBIRAAN

Untuk bersemangat, Anda perlu rasai kegembiraan dan kegirangan. Dalam perkataan Inggeris, ini dipanggil happiness and joy. Apabila kegembiraan hadir di hati, ada cara untuk kekalkannya. Anda perlu tahu bahawa kegembiraan dan kegirangan yang ada di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan dan kegirangan.Happiness attracts more happiness,joy attracts more joy!Untuk kekalkan kegembiraan yang Anda rasa, ucapakan syukur selalu. Inilah cara untuk kekal bersemangat. Kekal termotivasi.Ucapkan terima kasih pada setiap orang di sekeliling Anda,...

6 Jan 2011

SIKAP POSITIF UNTUK 2011

5 Sikap Positif Perlu Anda Bina Di Awal Tahun 20101. Berhenti mengomplen.Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi negatif seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju. JIka Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda lebih bagus, lebih pandai,...

4 Jan 2011

CINTA LEPAS KAHWIN

Pada pendapat Anda, mana satu yang lebih bagus:1. Bercinta-cinta sebelum kahwin?…Atau2. Bercinta selepas kahwin?Ini soalan rambang saja, hanya sebagai perbincangan dan untuk kita ambik motivasi darinya.Pada pendapat saya, berdasarkan ajaran agama dan etika kemsyarakatan, bercinta selepas kawin lebih bagus. Salah satu sebabnya, kita dah tak takut nak pegang tangan pasangan kita atau berjalan rapat dengannya di tempat awam.Dengan bercinta selepas kahwin, kita boleh pamerkan cinta melalui perbuatan. Perbuatan kita tu pula dibenarkan oleh agama kerana...

3 Jan 2011

PETUA MENCUCI HATI...

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan, "Ya Allah, jadikan hatiku bersih." 2) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan...

2 Jan 2011

LARANGAN BERKHALWAT

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.” (At-Tirmidzi) Huraian:1. Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya.2. Khalwat yang diharuskan oleh Islam adalah khalwat dalam ertikata ‘mengasingkan...

1 Jan 2011

11 PELABURAN UNTUK MASA HADAPAN

1. BERDAKWAH DI JALAN ALLAH: “Siapa yang mengajak kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun, dan siapa yang mengajak kejahatan maka baginya dosa seperti dosa yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.” (HR. Muslim ) 2. AMAL MA’RUF NAHI MUNKAR: Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Al-Imran...

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com