Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh
malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh
KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2-Aku melihat
seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,
diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3-Aku melihat
seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan
iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA
YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4-Aku melihat bagaimana umatku
diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang
dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh
malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK
telah melepaskannya dari seksaan itu.
5-Aku melihat umatku
ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga
di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG
IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang
duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir,
maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia
menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.
7-Aku
melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.
9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api
ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS
KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api
tersebut.