Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 204-205:
Maksudnya: “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah) bahwa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi, untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan.”
Maksudnya: “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah) bahwa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi, untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan.”
Antara watak tersebut adalah:
Watak Pertama:
Manusia yang bermulut manis dibibir tetapi hati penuh dengan racun
berbisa. Manusia jenis ini sangat pandai berkata-kata dan mempunyai daya
tarikan yang mempersonakan hati ramai orang. Dia boleh dianggap
mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang
pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya
adalah lain dibibir lain dihati.
Pada pandangan agama Islam, manusia seperti ini adalah seorang yang
munafik. Zahirnya mengatakan ’Ya’ tetapi batinnya mengatakan ’Tidak’.
Manakala dalam masyarakat Melayu, dia dipanggil ’Musuh Dalam Selimut’,
’Musang Berbulu Ayam’ atau ’Telunjuk Lurus Kelingking Berkait’.
Watak Kedua:
Manusia perosak masyarakat. Manusia jenis ini tidak mempunyai rasa malu
dan sanggup melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat.
Kerosakkan yang dilakukan adalah semata-mata kerana tidak dapat mengawal
perasaan dan emosi apabila melihat orang lain mendapat kebaikan.
Antara musibah yang menimpa masyarakat dengan adanya manusia sebegini
adalah lahir kumpulan yang suka menyalahkan orang lain atau kumpulan
lain. Ada yang sanggup mencaci, menghina, memaki orang lain. Kita perlu
ingat bahawa watak ini tidak dapat menyelesaikan masalah ummah tetapi
menambahkan beban masalah buat masyarakat dan negara. Justeru itu,
manusia yang terlibat dalam kelompok ini, gemar mencela, mengumpat,
mengutuk, memfitnah tanpa dasar yang betul. Adalah suatu kezaliman
sekiranya seseorang menuduh orang lain melakukan perbuatan yang tidak
dilakukan olehnya.
Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh at-Thobarani:
Mafhumnya: “Janganlah
kamu mencaci maki para pemimpin. Doakanlah kebaikan untuk mereka kerana
sesungguhnya kebaikan mereka membawa kebaikan untuk kamu juga”.
Salah satu perkara yang dilakukan oleh mereka ini
ialah melalui penyebaran berita palsu dan fitnah. Fitnah dilakukan sama
ada melalui perkataan, ucapan atau tulisan. Pada zaman era globalisasi
ini pelbagai fenomena fitnah telah muncul. Justeru, umat Islam hendaklah
berusaha menolak dan menjauhi daripada terlibat. Alat-alat tekonologi
yang maju patut digunakan untuk faedah dan kebaikan manusia dan bukannya
disalahgunakan.
Sedarilah bahaya fitnah tersebut boleh menjatuhkan maruah seseorang.
Jika fitnah terkena kepada pemimpin, maka jatuhlah kepimpinannya. Jika
fitnah itu mengenai guru, maka hilanglah kewibawaannya sebagai pendidik.
Dan jika fitnah itu mengenai suami isteri, maka bergoncanglah
keharmonian rumah tangga dan keluarga.
Firman Allah SWT dalam surah alk-Anfal ayat 25:
Maksudnya: “Dan
jagalah diri kamu daripada dosa yang bukan sahaja akan menimpa orang
yang zalim di antara kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah
Maha berat azab seksa-Nya”.
Watak Ketiga pula ialah:
Manusia yang tidak boleh ditegur atau tidak boleh menerima kritikan,
tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain
serta menghormati perbezaan pendapat. Mereka ini jika diajak membetulkan
kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul, diajak secara jujur,
maka mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak.
Watak manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat
kesalahan diri sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar
dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain. Lantaran
itu manusia seperti ini akan menjadikan
sesiapa sahaja sebagai ‘Kambing Hitam’ untuk menutup segala kesalahan
dan kelemahan yang ada pada diri mereka.
Kesemua watak manusia yang dinyatakan tadi mengajak kita semua berfikir
dan berwaspada supaya tidak menjadi golongan berkenaan. Untuk itu
mimbar menyeru semua pihak dan sidang jemaah sekalian, sedarilah bahawa
masyarakat yang bertamadun akan mengelakkan diri daripada sebarang
perbuatan jahat yang boleh memusnahkan agama, masyarakat dan negara.
Semoga dengan sikap sedemikian kita tidak terjerumus ke dalam
perbalahan, perpecahan, pencerobohan hak, pertumpahan darah dan
sebagainya.
Maksudnya: “Katakanlah:
Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu
menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat
kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapapun selain Allah, pelindung atau penolong mereka.”
(Surah al-Ahzab:17)