Kisah
dari Abdullah bin Dinar, di mana beliau pernah berkata; aku telah
keluar bersama
Umar Al Khattab ke Mekah. Tatkala itu turun seorang budak
pengembala dari atas bukit yang berdekatan dengan kami.
Umar
pun berkata mahu menguji budak gembala itu, "Wahai budak gembala,
engkau jualkan saja seekor dari kambing biri-biri ini padaku."
Balas budak gembala itu; "Aku adalah hamba kepada tuanku sedangkan kambing-kambing ini adalah kepunyaannya."
Kata Umar pula; "Engkau katakan saja pada tuanmu, kambing itu dimakan serigala."
Jawab budak gembala itu lagi; "Kalau begitu dimanakah Allah? Tidakkah Dia Maha Melihat?"
Mendengar
jawapan budak gembala itu Saiyidina Umar MENANGIS tersedu-sedan kerana
berasa amat terharu mengingatkan rakyat di bawah pimpinannya dipimpin
oleh Allah walaupun seorang anak kecil.
Keesokkannya,
Umar menemui budak gembala itu dan tuannya lantas memerdekakannya. Umar
berkata kepada hamba itu; "Aku memerdekakan engkau di dunia ini dari
tuanmu, moga-moga engkau merdeka juga di Akhirat nanti."
Allahu a'lam.
Begitulah
tarbiah iman yang mantap di dalam hati orang mukmin. Sentiasa merasakan
bahawa setiap apa yang mereka kerjakan Allah Taala sentiasa ada
memerhati.
petikan: email.....