KEMATIAN
dan kehidupan di alam barzakh sesuatu yang amat digeruni setiap masa.
Malah, untuk bercakap mengenai mati pun, ramai yang kecut perut padahal setiap makhluk yang bernyawa pasti akan mati.
Bagi manusia, mereka pasti akan kembali kepada Allah dan menempuh alam kubur (barzakh) sama ada suka atau sebaliknya kerana ia adalah pasti.
Kematian dan kehidupan di alam kubur adalah proses kehidupan manusia. Apabila tiba ajalnya, kita akan dijemput Allah untuk menjadi tetamunya di alam barzakh. Hakikatnya, barzakh adalah alam ghaib dan tidak boleh dilihat pada pandangan mata biasa malah telinga manusia tidak dapat mendengar apa yang berlaku di alam itu.
Marilah kita fikirkan sejenak bahawa dari penghujung kehidupan dunia yang seronok dan penuh kenikmatan menempuh alam barzakh yang penuh misteri, seksa dan ngeri.
Sebaliknya bagi mereka yang membawa bekalan amal soleh, alam barzakh adalah suatu tempat rehat sementara menunggu berpindah ke alam akhirat untuk perbicaraan di mahkamah Allah sebelum dimasukkan ke syurga atau neraka yang kekal abadi.

Fikir-fikir
dan renung banyak mana kah amalan yang kita telah lakukan untuk di
persembahkan kepada Allah SNW...didalam kubur dan di mahsyar nanti..