a.
Sudah berapa banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita sebagai
manusia
sejak dari lahir hinggalah sekarang, ia termasuklah nikmat
kehidupan, nikmat harta benda, nikmat keluarga, nikmat anak-anak, nikmat
makan, nikmat tempat tinggal, nikmat kesihatan dan berbagai-bagai
nikmat yang tidak terhitung....
b.
Sejauh manakah usaha anda untuk menambah dan meningkatkan amalan-amalan
anda kepada pencipta dengan penuh keikhlasan dan ketaatan...
c.
Berapa banyak masakah yang anda luangkan untuk menunaikan kewajipan
anda berbanding dengan masa yang anda luangkan untuk urusan-urusan
peribadi anda sendiri...
d.
Apakah pengorbanan dan sumbangan anda sebagai hamba Allah untuk
sama-sama berjuang dan berkorban untuk kepentingan agama islam...
e.
Apakah bekalan yang akan anda bawa bersama-sama, bekalan yang
menyelamatkan anda daripada siksaan azab di hari kemudian kelak...
f.
Adakah selama ini anda telah menunaikan segala tanggungjawab dan
kewajipan anda sebagai seorang anak, ayah, ibu, suami, isteri dan
sebagai umat islam yang sebenar...
g.
Ke arah manakah harta benda yang anda belanjakan... dan berapa
banyakkah yang anda peruntukkan untuk kemewahan dan kemudahan sendiri
berbanding dengan harta yang akan anda gunakan untuk melaksanakan
tanggungjawab anda kepada pencipta...
h.
Apakah tanggungjawab dan kewajipan anda kepada pencipta yang belum
terlaksana dan sampai bilakah harus anda tangguhkan daripada
menunaikannya...
dan banyak lagi yang anda perlu sentiasa fikirkan selagi anda berpijak dibumi pinjaman ini...
Oleh itu, tinggalkanlah urusan-urusan dunia yang remeh di dalam kehidupan anda, tunaikan kewajipan yang utama, kewajipan yang agung, kewajipan yang sangat dituntut ke atas kita sebagai umat islam yang berkemampuan... iaitu ibadah haji yang besar ganjarannya disisi Allah...
lengkapkan diri anda dengan pengetahuan mengenai ibadah ini dengan sewajarnya agar dapat anda melaksanakannya dengan lancar dan teratur.