Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

1 Sep 2013

Detik paling dahsyat

MENGHADAPI kematian (sakaratul maut) adalah detik paling dahsyat yang tiada bandingannya

dengan segala bahaya dan bala bencana di muka bumi ini.

Justeru, apabila terkenang sakaratul maut, ada di kalangan sahabat Rasulullah SAW pengsan dan sentiasa menangis.

Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis diriwayatkan Ibnu Abi Dunya dari Ibnu Umar bermaksud: “Kematian itu apabila dikenangkan, seseorang itu lebih banyak menangis daripada ketawa.”

Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?” Jawab mereka: “Ya kami melihatnya, ya Rasulullah.” Sabda baginda lagi: “Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.” (Riwayat Muslim)

Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak.

Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan ‘husnul khatimah’ atau ‘su’ul khatimah’, sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya mendahuluinya, lalu dia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka dia masuk ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta saja. Tiba-tiba kitabnya mendahuluinya, lalu dia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga.” (Riwayat Bukhari)

Hadis itu mengingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang dapat menjamin kesudahan yang baik bagi dirinya.

Namun, dalam meniti saat-saat kematian, ada kalanya Allah menunjukkan kepada hamba-Nya tanda baik (husnul khatimah) atau tanda buruk (su’ul khatimah) dalam mengakhiri ajal seseorang.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan godaan syaitan ketika di dunia atau menghadapi sakaratul maut.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Ada dua perkara yang sangat ditakuti dan dibenci manusia:

a. Manusia itu takut dan benci pada maut, padahal ia lebih baik kepada orang mukmin daripada ancaman fitnah.

b. Manusia juga takut dan benci kepada miskin, padahal itu lebih baik baginya daripada susah dan menderita dihisab di akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad)

Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya malaikat mengawal dan menjaga orang yang menghadapi mati supaya tidak menggelepar dan lari kerana terlalu takut dan sakit.”

Rasulullah bersabda: “Sakitnya sakratul maut itu umpama tiga ratus kali tetakan pedang.” (Riwayat Abi Dunya)

Abdullah bin Umar berkata: “Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu tunggu waktu petang untuk beramal. Gunakanlah kesempatan sihatmu sebelum sakitmu dan hidupmu untuk kematianmu."

Saidina Umar bin Abdul Aziz berkata: ”Mengapakah engkau terpesona dengan kecantikan wajahku, keputihan gigiku dan kehitaman rambutku? Demi Allah sekiranya engkau melihat aku selepas beberapa hari dikebumikan orang nanti, nescaya engkau pasti akan melarikan diri.”

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: “Bahawa manusia itu tidur lena.

“Apabila kematian tiba barulah dia terjaga daripada tidurnya."

Abu Darda berdoa kepada Allah: “Ya Tuhanku, aku bermohon kepadamu agar Engkau beri kepadaku pimpinan-Mu, semoga tidaklah amalanku akan memalukan ibu bapaku dan juga kaum keluargaku yang berada di alam barzakh."

Saidina Hassan berkata: “Tiadalah kesenangan bagi orang mukmin kecuali dia bertemu dengan Allah dan barang siapa yang saat gembiranya adalah saat pertemuannya dengan Allah, maka kematiannya menjadi saat kegembiraannya, kemuliaannya dan saat yang dinantikan."

Syaddad bin Aus berkata: “Kematian itu adalah hal yang paling ditakuti orang mukmin, baik di dunia mahupun di akhirat. Kematian lebih pedih daripada luka disebabkan gergaji ataupun gunting dan lebih panas daripada api.

“Sekiranya mayat itu dibangkitkan dan dapat memberitahu ahli bumi mengenai kepedihan kerana kematian pasti mereka berasa tiada kenikmatan makan atau tidur.”

Hukamah berkata: “Empat perkara yang boleh menyelamatkan seksaan kubur iaitu menjaga solat, bersedekah, membaca al-Quran dan bertasbih.

“Empat perkara yang menyebabkan seksaan kubur adalah berdusta, khianat, mengumpat dan tidak membersihkan air kencing pada tubuh.”

Sesungguhnya mengingati dan menghayati erti kematian adalah satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf dan tidak leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara ini.

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com