"Tiap-tiap
umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka
tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia
tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut,
kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini
tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana
mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan
mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan
hubungannya dengan malaikat maut.
Meskipun
mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin
dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati
mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan
ilmu.
Sebenarnya
manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati,
tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang
menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat
golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian
itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja. Dia mengambil logik bahawa
banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan
oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan
juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan
jalan raya.
Selain
itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang
merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi,
ta'un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari
sudut sebab musabab yamg lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian
itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku
kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si pulan
itu mati, sakitkah atau kemalangankah?".
Tidak
ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat
maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan
malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti
memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya
malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna,
dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun
roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT
menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika
diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian
tersebut.
Namun
ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang
sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada
waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang
kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak
tertangguh walau sesaat.
Walau
bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi
sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya
sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan
menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi
peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia
menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan
dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta
menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang
muflis di akhirat kelak.
Begitu
juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi
pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya
mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri,
menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana
sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang
tidak berguna.
Di
kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada
dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya.
Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah
SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih
dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab
itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan
orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya,
jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah
bahaya itu.
Selain
itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi
janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina
Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan
bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut
roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu
termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para
rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.
Selain
itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi
oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut
roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana
kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan
mereka.
Diriwayatkan
bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada
kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam
itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang
dialami oleh mereka. Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata
bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat
kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian
yang berlaku itu.
Ketika
itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan
kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya
diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang
itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.
Namun
pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah
termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah,
bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah
tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah
diamanahkan kepadanya.
Walau
bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian
seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan
pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak
mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut
sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut
merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu
tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun
ketika sihat dan segar bugar.
Firman Allah Taala:Yang bermaksud:
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)