Dari sebuah hadis ada
diceritakan ALLAH s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril
"Wahai Jibril! berapa banyakkah
yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah
kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan
hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya. "Kalau begitu
separuh buah tamar, kata Jibril. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya
nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan
segala tanaman akan musnah."
Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH lalu berfirman;
Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH lalu berfirman;
"Ambillah sebesar biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api
itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga.
Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak
gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya
sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.
Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia. Nauzubillahiminzalik.
Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia. Nauzubillahiminzalik.