Salah satu cara berhias yang berlebih-lebihan dilakukan oleh kebanyakkan wanita hari ini yang sangat diharamkan oleh agama Islam ialah mencukur rambut alis dimata untuk ditinggikan, dikecilkan atau disamakan atau dibuangkan terus dengan menggantikan dengan celak atau bahan-bahan yang lain berwarna hitam atau lainnya supaya nampak kemas dan segak dan menawan. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya seperti sabdanya yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan-perempuan yang mencukur alisnya atau minta dicukurkan alisnya." (Riwayat Abu Daud, dengan sanad yang hasan). Demikian menurut apa yang tersebut dalam Fathul Baari) Sedang dalam Bukhari disebut: Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan-perempuan yang minta dicukur alisnya. Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul. Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahawa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, kerana hal tersebut termasuk berhias. Tetapi oleh Imam Nawawi diperketat, bahawa mencukur rambut dahi itu samasekali tidak boleh. Dan dibantahnya dengan membawakan riwayat yang tersebut dalam Sunan Abu Daud: Bahawa yang disebut namishah (mencukur alis) sehingga tipis sekali. Dengan demikian tidak termasuk menghias muka dengan menghilangkan bulu-bulunya.Oleh itu mencukur alis ituwalaupun diizinkan oleh suami tetapi islam tetap mengharamkan perkara tersebut kerana ia adalah sifat orang jahiliah dan menjadi fitnah kepada masyarakat keseluruhannya.
Imam Thabari meriwayatkan dari isterinya Abu Ishak, bahawa satu ketika dia pernah ke rumah Aisyah, sedang isteri Abu Ishak adalah waktu itu masih gadis yang jelita. Kemudian dia bertanya: Bagaimana hukumnya perempuan yang menghias mukanya untuk kepentingan suaminya? Maka jawab Aisyah: Hilangkanlah kejelekan-kejelekan yang ada pada kamu itu sedapat mungkin.
Fikir-fikir dan renung-renunglah wahai perempuan yang mencukur alis. Bertaubatlah sekarang....