Termasuk fitnah pada masa ini ialah harta benda dunia yang banyak menguasai atau beraja dihati manusia Sehinggakan mereka lebih mengutamakan atau memberi keutamaan harta benda dunia daripada menunaikan hak-hak Allah SNW. Mereka tidak pedulikan dengan apa cara apa sekalipun untuk memperolehi harta benda itu dengan cara yang halal atau yang haram, asalkan mereka memperolehi harta tersebut. Adapun faktor pendorongnya adalah hawa nafsu yang diciptakan untuk selalu mencintai harta benda dunia. Akibatnya adalah manusia akan lupa bahawa apa yang mereka lakukan akan terjerumus ke dalam perbuatan yang haram. Pada hari ini banyak ditemukan orang-orang yang berbangga-bangga dan bermegah dengan harta yang banyak ataupun orang yang menunjukan harta kekayaan mereka dan mereka lupa bahawa harta yang mereka perolehi itu adalah milik Allah. Allah hanya memberi mereka meminjam sementara atau Allah memberikan amanah kepada mereka untuk mereka menjaganya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.” (At-Takatsur: 1)
“Dan mereka berkata: "Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab". (Saba': 35)
Betapa ramai orang-orang yang tergoda dengan harta benda dunia. Dan betapa banyak pula orang-orang yang bertanya-tanya bagaimana si Fulan dapat mengumpulkan harta sebanyak itu hingga ia menjadi orang kaya dan dapat membangun istana-istana dan gedong-gedong yaang besar, memiliki ini dan itu di dalam dan luar negeri? Hingga ia pun berangan-angan dan akhirnya condong kepada harta dunia.
Dan betapa banyak pula orang yang terpedaya dengan cubaan harta ini. Mereka mengumpulkan harta tanpa peduli halal haram. Akhirnya mereka terjerumus ke dalam kancah riba, penipuan, suap-menyuap, dan lainnya. Semua itu kerana asyiknya mengumpulkan harta. Sekalipun dengan cara mencuri, korupsi, menggelapkan harta negara tanpa hak dan lain-lain. Maksudnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperbanyak dan mengembangkan hartanya sehingga ia lupa Allah sehingga akhir hayat.
Apabila telah memperoleh harta yang banyak, maka mereka habiskan untuk berfoya-foya, memuaskan nafsu syahwat, mengenakan pakaian-pakaian yang disukai, tanpa memperhatikan batas halal haramnya lagi. Demikianlah musibah menjadi bertambah besar. Rasulullah s.a.w. telah menegaskan bahawa harta adalah cubaan. Dan yang beliau takutkan atas kita adalah harta dunia yang dibentangkan dan gemerlap dunia yang Allah SNW keluarkan bagi kita. Allah SNW berfirman:
“Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu); dan di sisi Allahlah pahala yang besar.” (At-Taghabun: 15)
Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala jualah yang telah menganugerahkan harta benda tersebut. Dan menjadi cubaan bagi hamba yang menerimanya. Apakah ia tergelincir ke dalam perkara haram disebabkan harta itu? Apakah ia membeli barang-barang terlarang kerana tidak puas dengan yang dibolehkan? Ataukah ia gunakan untuk memuaskan nafsunya sekalipun dengan perkara yang haram!?
Misalnya setiap kali bepergian ke luar negeri, ia terjerumus ke dalam perkara haram, seperti meminum khamar, berzina, dan lainnya. Akhirnya mereka sedar dan membuka mata dalam kubur sahaja. Itulah fitnah besar pada zaman sekarang ini. Kita memohon kepada Allah SNW. keselamatan dari segala kejelekan tersebut.