Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

4 Sep 2014

Tanda tu sudah ada....Tapi

Nabi berkata kepada Malaikat Maut. “Tidakkah Kau memberikan peringatan kepada manusia bahawa kau datang sebagai malaikat Maut sehingga mereka akan lebih hati-hati?” Malaikat itu menjawab. “Demi Allah, aku sudah memberikan tanda-tanda dan tanda-tandamu yang sangat banyak berupa penyakit, uban, kurang pendengaran, penglihatan mulai tidak jelas (terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang tanda-tanda tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekalan...

3 Sep 2014

Cara panjang umur & murah rezeki

Hadis: Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda:  “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”.  Riwayat:Bukhari dan Muslim  Huraian Hadith:    Hubungan silaturahim menjamin rezeki yang berlipat ganda daripada Allah SWT dan dipanjangkan umur. Silaturahim adalah merupakan sifat yang mulia yang dituntut oleh Islam. Hadith...

1 Sep 2014

Jadilah tetamu yang setia

Pada asalnya masjid adalah tempat sujud, rumah Allah SWT. Tetamu yang datang mengunjungi masjid adalah mereka yang sanggup mengabdikan diri kepada Allah yang maha berkuasa dengan berjanji akan menjadi hamba Allah yang sentiasa taat kepada perintah-Nya. Masjid  adalah salah satu daripada tanda wujudnya umat Islam di suatu tempat di muka bumi ini, kerana disinilah tempat pertemuan dan merupakan salah satu tanda perpaduan umat Islam. Disinilah juga wujudnya orang-orang yang bertakwa dan bersaudara. Sebagaimana firman Allah SWT dalam...

30 Ogo 2014

sifat tabii manusia

Apabila ALLAh SWT menyebutnya (perkataan haiwan), maka berlakulah apa yang disebut itu. Ramai yang menyebut soal mengikut nenek moyang zaman dahulu. Al-Quran dengan jelas menyebut tentang ucapan itu. Allah SWT sudah mengetahui pada azali atau qadim lagi bahawa ada manusia yang mahu bercakap tentang masalah tersebut, apabila diajak kepada Islam mereka mengatakan apa yang kamu buat itu tidak ada pada zaman dahulu. Dengan sebab itulah Allah SWT menyebut di dalam al-Quran menerusi firman-Nya yang bermaksud:  "Bandingan (orang yang...

26 Ogo 2014

Ditulis pahala untuknya

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa " mengerjakan haji " dapat meninggalkan kesan merasai kerinduan yang sangat mendalam kepada Allah, mereka dengan rela hati telah meninggalkan segala yang mereka sayangi termasuk kampung halaman, keluarga, sanak-saudara, harta benda dan sahabt handai dengan mengharungi lautan dan angkasa raya semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah. Setiap bakal haji amat mengharapkan untuk mendapat HAJI yang MABRUR, dengan dapat menghapuskan segala dosa-dosa, menambahkan iman dan takwanya, menjadikannya...

5 Ogo 2014

Perintah Anak Solat

Maksud Hadith:  Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”. (Riwayat: Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud dengan Isnad Hasan )   Huraian Hadith:  Ibu bapa dipertanggungjawabkab...

2 Ogo 2014

Bagaikan berpuasa setahun

Abu Ayyub Al-Anshari r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun. (HR. Muslim).     Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama...

31 Jul 2014

Ganjaran puasa 6

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:  Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.  Puasa...

22 Jul 2014

Menghidupkan 10 Malam Lailatul Qadar

Maksud Hadith:  Daripada  Aisyah RA katanya, “Kebiasaan Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh malam yang terakhir (malam yang kedua puluh satu hingga tiga puluh daripada bulan Ramadhan) baginda menghidupkan malam-malam tersebut , dan bersungguh dalam melakukan ibadat serta menjerut tali pinggangnya.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)   Huraian Hadith:  Hadis ini menunjukkan bahawa kita hendaklah...

16 Jul 2014

Banyakkan 4 perkara

Rasul s.a.w dalam khutbahnya menyatakan: Banyakkan 4 perkara di bulan Ramadhan, 2 darinya akan mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dan 2 lagi kamu sangat menghajatinya; 1- Mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan selain Allah 2- Memohon ampun dari_Nya 3- Memohon Syurga 4- Memohon perlindungan dari api neraka Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi  minum kepadanya daripada air kolamku dengan suatu minuman yang tidak akan merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam...

14 Jul 2014

Akhirilah yang baik

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)” Tanda – tanda Husnul Khatimah:  [1] Mengucapkan syahadat menjelang kematiannya [2] Meninggal dalam keadaan berkeringat di dahi (keningnya) [3] Meninggal pada malam Jum’at atau siangnya [4] Mati syahid di medan jihad [5] Mati sebagai tentara di jalan Allah [6] Meninggal dengan sebab sakit tha’un [7] Meninggal dengan sebab sakit perut [8] Meninggal karena tenggelam [9] Meninggal...

13 Jul 2014

Berasal dari al-Quran.

Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya. Perkataan lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran. Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati berjumlah yang sama. Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat juga 115 kali; perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali; Hidup 145 kali manakala Mati 145 kali; Zakat 32 kali,...

12 Jul 2014

Dijauhkan Dari Neraka 70 000 Musim

Maksud Hadith:  Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim. Riwayat:(Muslim) Huraian Hadith:    Dilihat secara terperinci, kita dapati orang yang berpuasa itu dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu: i) orang berpuasa kerana malu kepada Allah dan...

10 Jul 2014

Mencari Lailatul Qadar

Maksud Hadith: Daripada Aishah RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersungguh-sungguh beribadat dalam bulan Ramadhan, maka dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Baginda juga akan menambahkan amal ibadatnya lebih daripada biasa apabila sampai sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan, sedangkan di hari-hari yang sebelumnya Baginda tidak berbuat demikian. Riwayat: Muslim   Huraian Hadith:  ...

Puasa tidak berkesan

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan puasa tidak mendatangkan kesan yang baik terhadap tubuh badan kerana: a.  Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka. b. Makan makanan yang pedas, masan, terlalu masin, berempah dan susah dihadam seperti pengambilan daging terutama bagi pengidap penyakit batu karang, gout dan alahan. c.  Mengulangi makan sepanjang malam. d. Kurang minum air pada waktu malam atau lebih minum air semasa makan. e. Tidur selepas kenyang makan. f. Tidak mengambil makanan langsung ketika...

7 Jul 2014

Biasakan menangis

Ditengah kegundahan hati, keresahan yang kita rasakan mengadu hanya kepada Allah sampai meneteskan air mata menjadikan kegundahan hati menjadi lega. Hal itu juga dilakukan oleh Nabi Muhammad yang setiap saat dalam sholat tahajudnya senantiasa meneteskan air matanya. Sebagaimana yang dituturkan oleh Aisyah,  'Dan Rasulullah duduk sambil terus menangis hingga tanah menjadi basah. Lalu datang Bilal mengumandangkan adzan. Waktu Bilal melihat Rasulullah menangis, Bilal bertanya, 'Wahai Rasulullah, kenapa engkau menangis sedangkan...

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com