Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

30 Nov 2013

Timbul diakhir zaman

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:  “Akan timbul di akhir zaman orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud di dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka seperti hati serigala (mempunyai tujuan yang jahat). Allah swt berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanku?, Atau kamu terlampau berani berbohong kepadaku?....

27 Nov 2013

Fitnah Dajjal

Dari zaman Nabi s.a.w hinggalah akhir zaman nama dajjal ini disebut-sebut. Sesungguhnya dajjal ini sinonimnya dengan kejahatan.  Siapakah dajjal? sesungguhnya kita tidak mengetahui siapa sebenarnya dajjal, kerana kecetekan keilmuan kita dan kelemahan iman kita. Imam malik pernah berkata kepada ibnu ishak yang merupakan seorang tokoh sejarah yang besar sebagai dajjal Kedatangan dajjal boleh jadi dengan samaran, kita mungkin nampak beliau seorang berjubah dan berserban tetapi boleh jadi itulah dajjal, kita melihat seseorang...

26 Nov 2013

Jangan terpedaya...

Wahai Diri...Hendaknya janganlah engkau terpedaya dengan usiamu, berapa ramai manusia yang lalai dengan umur yang dianugerahkan ALLah dan menyangka ia masih mempunyai masa yang panjang lagi. Hinggalah walaupun sudah usia melanjut tua tetap tertipu dengan dunia. Mati itu datang dalam keadaan mengejut. Ia datang secara tiba-tiba tidak mengira tempoh masanya. Seseorang yang sihat bukanlah bermakna pasti akan hidup lama. Seseorang yang cukup zat makanannya bukanlah bererti pasti malaikat maut akan melupakannya. Kerana itu wahai diri,...

Jangan Lupa Untuk mereka

Ya Allah ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil.Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : *Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya.  (HR Muslim)  Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :  *Sesungguhnya seseorang itu diangkat darjatnya di dalam...

25 Nov 2013

Asal Api

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah. Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam...

22 Nov 2013

Persinggahan pertama

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8 yang bermaksud: Maksudnya : " Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala...

21 Nov 2013

Apa sebab kita ada didunia

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ yang bermaksud: "Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);" Ramai dari kita yang tidak mengerti sebab apa kita ada di dunia. Adakah untuk mengumpul segala harta yang ada? Adakah untuk menjadi pemimpin untuk berkuasa...

20 Nov 2013

Jangan sia-siakan anugerah Allah

Anak-anak merupakan anugerah dari Allah  s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan  sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.  Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai...

19 Nov 2013

Syaitan & kelebihannya

Kita semua tahu syaitan adalah musuh manusia, mereka berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam A.S sehingga hari Kiamat. Syaitan tidak mempunyai kuasa apa-apa malah makhluk yang lebih lemah dari insan itu sendiri tetapi lihatlah sekeliling kita betapa ramai manusia yang membuat kejahatan bak kata orang tua ‘perangai mengalahkan syaitan. Sebagai umat Islam, kita disunatkan membaca: Taa"wun dan Basmalah untuk mengelakkan dari tipu daya syaitan. Namun begitu syaitan mempunyai atitude-atitude yang kita tidak...

18 Nov 2013

Tengok jari anda

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. 2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.    3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar &  terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil....

Pesanan roh

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :   "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".   Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :  "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas....

17 Nov 2013

Serangan 4 penjuru

seseorang jika ingin menaklukkan musuhnya, tentu ia dituntut harus tahu strategi penyerangan musuh. Begitupun kita, kita harus tahu strategi penyerangan musuh bebuyutan kita, siapa mereka? Syaitan ! Disebut dalam surah Al-Arof ayat 17 dijelaskan bahwa syaitan akan datang menyerang dari 4 arah: depan, belakang, kiri dan kanan. Ulama menafsirkan keempat arah tersebut adalah: a.  arah depan (manusia akan diragukan akan masa depan/ Akhirat) b. belakang (manusia disibukkan perkara dunia) c. kanan (manusia lalai dan menanggoh-nanggoh...

14 Nov 2013

Sama-sama masuk....

apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda.Ramai...

13 Nov 2013

Kelebihan 10 Muharram

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari) Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada...

12 Nov 2013

Solat jumaat & talipon bimbit

Dalam era perkembangan sains dan teknologi zaman ini, berbagai-bagai peralatan baru dan canggih muncul bagaikan cendawan. Salah satu daripada peralatan tersebut, yang dimiliki oleh kebanyakan orang pada masa kini ialah telefon bimbit.Tidak dinafikan bahawa tuntutan keperluan hidup di zaman yang serba canggih dan moden ini menjadikan penggunaan telefon bimbit seakan-akan satu kemestian kerana kewujudannya banyak membantu mempermudahkan tugas dan pekerjaan. Di samping itu, ia juga mampu mempermudahkan perhubungan sesama kaum keluarga, sanak-saudara,...

Solat paling afdal

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sembahyang yang paling afdhal selepas sembahyang fardu ialah sembahyang (sunat) malam." Sabdanya lagi:  "Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat di mana tidak dapat oleh seorang lelaki Islam yang memohon kepada Allah akan kebaikan utk urusan dunia dan akhiratnya, melainkan akan diperkenankannya. Saat itu ada pada setiap malam."    Maksudnya, setiap malam ada saat yang dinamakan saat ijabah. Setiap doa yang dipohon pada saat itu akan diperkenankan. Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh para...

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com