Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

31 Okt 2013

Tanda dihujung nyawa

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan...

30 Okt 2013

Mudah diucapkan

Hadis daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua kalimat yang ringan di lisan (yakni mudah diucapkan), tetapi berat sekali dalam timbangan (di akhirat), dicintai oleh Allah Maha Pengasih, yaitu Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallahil 'azhim."   Artinya: Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya dan Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Muttafaq 'alaih)  Untuk mendapatkan pahala amatlah mudah, tetapi kebanyakan kita merasa terlalu berat untuk melakukannya. Ini adalah kerana...

2 Golongan

Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang ketat dan menampakan bentuk tubuh badan yang sangat mengiurkan dan tipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat membentuk di bahagian-bahagian tubuh mengikut keadaan badan seseorang perempuan, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah pada pandangan manusia yang biasa dilihat nampak termasuklah buah dada, punggung, paha, dan sebagainya.   Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan...

28 Okt 2013

Pendapat Ulamak

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis. Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta). Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka. Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa...

25 Okt 2013

Wasiat berguna

"Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada pada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:  "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." PERTAMA: HAK KEPADA DIRI Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang...

24 Okt 2013

Mungkir janji

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"   Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!" Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih...

Tanda bumi di hujung nyawa

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj dan Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya...

22 Okt 2013

Amat digeruni

KEMATIAN dan kehidupan di alam barzakh sesuatu yang amat digeruni setiap masa. Malah, untuk bercakap mengenai mati pun, ramai yang kecut perut padahal setiap makhluk yang bernyawa pasti akan mati. Bagi manusia, mereka pasti akan kembali kepada Allah dan menempuh alam kubur (barzakh) sama ada suka atau sebaliknya kerana ia adalah pasti.  Kematian dan kehidupan di alam kubur adalah proses kehidupan manusia. Apabila tiba ajalnya, kita akan dijemput Allah untuk menjadi tetamunya di alam barzakh. Hakikatnya, barzakh adalah alam ghaib...

21 Okt 2013

27 x ganda

Kita semua berada di akhir zaman. Hari kiamat pasti akan menjelang tiba. Di akhirat kelak, amalan yang pertama akan disoal adalah solat. Apakah solat kita selama ini benar2 sempurna dan diterima? sudahkah kita benar2 bersedia? Kematian adalah pasti sama ada  esok lusa, sebentar lagi ..kita pun tak tahu. marilah kita sama2 mendirikan solat secara berjemaah sebelum kita pergi mengadap Allah SNW. KEPENTINGAN solat lima waktu sememangnya diketahui umum oleh umat Islam sehingga ia diletakkan pada kedudukan kedua dalam rukun Islam selepas...

20 Okt 2013

Fitnah paling hebat

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.... Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir.... Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya...

17 Okt 2013

Mengapa masih sombong ?.

Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya. Siapa yang jadikan mata kita? Mereka menjawab : Allah Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ? Mereka : (terdiam) Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil oleh-Nya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta...

16 Okt 2013

Fikir sejenak....

a. Sudah berapa banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita sebagai manusia sejak dari lahir hinggalah sekarang, ia termasuklah nikmat kehidupan, nikmat harta benda, nikmat keluarga, nikmat anak-anak, nikmat makan, nikmat tempat tinggal, nikmat kesihatan dan berbagai-bagai nikmat yang tidak terhitung....  b. Sejauh manakah usaha anda untuk menambah dan meningkatkan amalan-amalan anda kepada pencipta dengan penuh keikhlasan dan ketaatan... c. Berapa banyak masakah yang anda luangkan untuk menunaikan kewajipan anda berbanding...

15 Okt 2013

Jangan Menunggu pagi atau petang

Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda: Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara) Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau. (al-Bukhari) ...

10 Okt 2013

Taman atau lubang

Pada satu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat sembahyang (musolla) dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa atau berbual kosong. Lalu baginda bersabda yang bermaksud : “Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup, nescaya kamu akan menjadi sibuk (tekun beribadat) sepertimana aku melihat kematian.” “Oleh itu perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan berkata, ‘aku rumah kesepian, aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah...

4 Okt 2013

Umar Al Khattab r.a Dengan Budak Pengembala

Kisah dari Abdullah bin Dinar, di mana beliau pernah berkata; aku telah keluar bersama Umar Al Khattab ke Mekah. Tatkala itu turun seorang budak pengembala dari atas bukit yang berdekatan dengan kami. Umar pun berkata mahu menguji budak gembala itu, "Wahai budak gembala, engkau jualkan saja seekor dari kambing biri-biri ini padaku." Balas budak gembala itu; "Aku adalah hamba kepada tuanku sedangkan kambing-kambing ini adalah kepunyaannya." Kata Umar pula; "Engkau katakan saja pada tuanmu, kambing itu dimakan serigala." Jawab...

2 Okt 2013

Detik terakhir Rasullullah

Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”    Allah berfirman:...

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com