Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

31 Dis 2013

Jangan Marah lagi

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."   Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata:...

25 Dis 2013

Eh...hujan lagi

Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah r.a. katanya, dia mendengar Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW bercerita, "Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah SAW sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir) . Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah, "Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa." Jawab baginda, "Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan...

20 Dis 2013

Adakah anda masih ingat...?.

Saudaraku! Anda masih ingat detik-detik ketika kakak, atau nenek, atau mungkin ayah, ibunda, atau mungkin juga istri atau suami tercinta meregang nyawanya? Pernahkah anda bertanya dan berpikir apakah yang mereka rasakan ketika ruh mereka meninggalkan raganya? Agar anda dapat meneka apa yang mereka rasakan kala itu, coba anda kembali mengingat raut wajah mereka ketika detik-detik terakhir sebelum meninggal dunia. Tahukah saudara! Apa yang dialami oleh ayahanda atau kerabat anda saat itu? Tahukah saudara, dengan siapa ia berhadapan?...

19 Dis 2013

jom taubat

Beristighfarlah dan selalulah bertaubat kerana  ALLAH. Itulah pesanan yang kerap diterima dari para ulamak. Jangan meremehkan istighfar. Istighfar mempunyai kekuatan tersendiri. Walaupun perkataan itu kelihatan seperti pengakuan taubat, namun implikasinya terlalu jauh dari itu. Istighfar tidak hanya boleh disebut sewaktu selesai bersolat. Ianya boleh disebut dimana sahaja, pada bila-bila masa.  Istighfar atau taubat antara perkara yang menjamin murah rezeki. Taubat bermaksud meninggalkan dosa kerana keburukannya dan ia...

15 Dis 2013

Luka sikit-terperi sakit

Cuba kita renung dan fikirkan sejenak disamping menghitung segala amalan yang telah lakukan setiap hari, banyak manakah amalan dan bekalan yang kita telah lakukan  untuk menghadapi sakaratul maut dan akan mengadap Allah SNT apabila kita mati kelak. Bahkan Rasullullah sendiri pun merupakan kekasih Allah dan Allah sendiri pun amat kasih kepadanya terpaksa meminta pertolongan kepada Allah SNW dalam menghadapi sakaratul maut, maka betapa pula kita yang doaf lagi lemah serta banyak dosa ini samaada berdoa dengan Allah dan manusia. Bagaimana ...

10 Dis 2013

Jom nangis

Ada satu kisah ketika Umar Bin Abdul Azis mendekati ajal, ia menangis. Lalu, ada orang yang bertanya kepadanya, Wahai Amirul Mukminin, bersyukurlah Allah telah memberikan engkau kemuliaan dan menjaminkan surga untukmu, kenapa engkau mesti menangis?'    Umar yang yang masih terus menangis mengatakan, ' aku menangis karena masih banyak orang yang menderita karena ketidakadilan, aku menangis karena orang-orang yang lapar ada dimana-mana ketika aku bersujud, aku menangis karena banyak orang yang hidup dalam kemiskinan dan kebodohan.'  Bukankah...

9 Dis 2013

3 kesalahan

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang...

7 Dis 2013

Detik terakhir Rasullullah SAW.

Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.” Allah berfirman: “Kebahagiaan...

5 Dis 2013

Apa difikirkan tu....

Saat kita start keluar dari rumah pergi ketempat kerja, apa yang kita fikirkan? Biasanya, kita akan memikirkan… 1. Kesibukan bekerja.  2. Hutang, anak-anak dirumah, belanja hujung bulan nanti. 3. Sikap dan ragam rakan sekerja yang Anda tak suka. 4. Ketua yang hanya tahu memarah, mengarah dan mulut celupar. 5. Cemana nak berehat kat rumah nanti, banyak kerja-kerja belum siap sedang menanti. 6. Bonus pun tak dapat sedikit. RM 500 je. Hujung tahun nak beli pakaian sekolah.Tahun depan anak nak sekolah. Pening kepala memikirkannya.  Nampak...

4 Dis 2013

Amat dahsyat

Azab kubur  amat pedih dan dahsyat. Suatu azab yang cukup hebat kepada hambanya yang melakukan maksiat dan dosa. Azab kubur merupakan intro sebelum menempuh azab neraka kepada orang yang menderhakai Allah dan RasulNya. Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman. Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan...

Elak sikap takabbur

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakakan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia  iaitu :   1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. 2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita. 3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya. 4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa...

2 Dis 2013

Lidah kelu

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati... Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .    Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan Berkumandang...

1 Dis 2013

10 tabiaat buruk

10 celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian yang lazim dilakukan manusia iaitu: 1. Gelojoh ketika makan- Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran. 2. Banyak bercakap- Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata...

30 Nov 2013

Timbul diakhir zaman

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:  “Akan timbul di akhir zaman orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud di dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka seperti hati serigala (mempunyai tujuan yang jahat). Allah swt berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanku?, Atau kamu terlampau berani berbohong kepadaku?....

27 Nov 2013

Fitnah Dajjal

Dari zaman Nabi s.a.w hinggalah akhir zaman nama dajjal ini disebut-sebut. Sesungguhnya dajjal ini sinonimnya dengan kejahatan.  Siapakah dajjal? sesungguhnya kita tidak mengetahui siapa sebenarnya dajjal, kerana kecetekan keilmuan kita dan kelemahan iman kita. Imam malik pernah berkata kepada ibnu ishak yang merupakan seorang tokoh sejarah yang besar sebagai dajjal Kedatangan dajjal boleh jadi dengan samaran, kita mungkin nampak beliau seorang berjubah dan berserban tetapi boleh jadi itulah dajjal, kita melihat seseorang...

26 Nov 2013

Jangan terpedaya...

Wahai Diri...Hendaknya janganlah engkau terpedaya dengan usiamu, berapa ramai manusia yang lalai dengan umur yang dianugerahkan ALLah dan menyangka ia masih mempunyai masa yang panjang lagi. Hinggalah walaupun sudah usia melanjut tua tetap tertipu dengan dunia. Mati itu datang dalam keadaan mengejut. Ia datang secara tiba-tiba tidak mengira tempoh masanya. Seseorang yang sihat bukanlah bermakna pasti akan hidup lama. Seseorang yang cukup zat makanannya bukanlah bererti pasti malaikat maut akan melupakannya. Kerana itu wahai diri,...

Jangan Lupa Untuk mereka

Ya Allah ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil.Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : *Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya.  (HR Muslim)  Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :  *Sesungguhnya seseorang itu diangkat darjatnya di dalam...

25 Nov 2013

Asal Api

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah. Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam...

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com