Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

31 Mei 2010

PENGHULU ISTIQFAR

Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Penghulu istighfar ialah apabila seseorang mengatakan, Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana...

29 Mei 2010

DIMANA TEMPAT NANGIS ?.

Ketika kanak-kanak, menangis ku kerana haus dan lapar.. menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku, menangis ku kerana inginkan barang permainan, menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa. Ketika usiaku menjangkau awal remaja, menangis ku kerana rakan-rakanku, menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku, menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta, menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan, menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya...

28 Mei 2010

TANGGONGJAWAB SIAPA MENDIDIK ANAK ?...

Hari masih gelap lagi, namun kelihatan seorang ibu muda telah keluar ke tempat kerja dan ketika matahari terbenam, barulah si ibu pulang ke rumah. Senario ini bukan lagi asing bagi wanita bekerjaya. Peranan menyara anak bukan lagi dipukul oleh bapa sahaja, sebaliknya dikongsi bersama wanita bergelar isteri. Mereka memberi tumpuan kepada keluarga dan dalam masa sama, membina kerjaya. Kedua-duanya harus dipukul dan kadang-kala, tidak mampu berjalan seiringan. Dalam membina kerjaya, tanpa disedari tumpuan kepada anak semakin berkurangan. Ada...

27 Mei 2010

SANTAPAN PAGI JUMAAT

Daripada Abdur Rahman bin Samurah r.a. berkata : Sekali peristiwa Rasullullah s.a.w. keluar, seraya berkata : Sesungguhnya aku telah bermimpi ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malakul-maut untuk mengambil nyawanya, maka Malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya. Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima siksa kubur, maka ia telah diselamatkan oleh wudhu’nya. Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka...

26 Mei 2010

SIAPALAH KITA INI ?...

TAWADDUK atau sikap merendah diri adalah merupakan budi pekerti yang mulia.Dengan adanya sikap tawadduk maka akan jadi indah budi pekerti, baik terhadap sesama manusia mahu pun terhadap Allah. Sikap tawadduk itu tumbuh kerana adanya kesedaran akan hakikat kejadian diri. Sebab dari segi kejadiannya, manusia dicipta dari tanah, maksudnya asal ciptaan manusia pertama sekali ( Adam) adalah dari tanah. Kemudian anak keturunannya dari setitis air mani. Dapat pula diertikan bahawa semua manusia hidup dari makanan dan tumbuh-tumbuhan dari tanah, kemudian...

25 Mei 2010

BAGAIMANA MEMILIH PASANGAN ?...

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin. Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat. Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing....

24 Mei 2010

WANITA JAHAT SENJATA SYAITAN ?...

Aduhai sahabat-sahabat wanita ku sekalian, jangan sesekali kita lupa akan peringatan Allah SWT yang bermaksud : Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara...

23 Mei 2010

MENGHORMATI @ MENSUCIKAN ?...

Ada bezanya antara menghormatikan dan mensucikan. Dalam bahasa Arab disebut tauqir (memuliakan) , sementara mensucikan disebut taqdis. Memuliakan atau tauqir bererti kita memberikan penghormatan kepada seseorang atau sesuatu pihak. Ia berkaitan dengan nilai ketinggian yang ada pada pihak atau individu tersebut. Jika dia pemimpin, atas nilai kepimpinan yang ada padanya. Jika dia ulama, atau ilmuwan maka atas nilai ilmu yang ada padanya. Jika dia orang tua, atas nilai usia dan pengalaman hidup yang dilalui. Demikianlah seterusnya. Adapun...

22 Mei 2010

UJIAN ALLAH. KAYA @ MISKIN....

Firman Allah SWT, "Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata: “Tuhanku Telah memuliakanku.” Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku.”" (Surah Al-Fajr, ayat 15-16)Meneliti kandungan ayat di atas Allah SWT telah memandu kita dalam memahami situasi kehidupan manusia dengan lebih tepat dan betul. Ini kerana sememangnya manusia sering menyalah tafsir apa yang terjadi di sekelilingnya. Antara perkara yang disalah tafsirkan...

16 Mei 2010

PUTUS SEGALA AMAL KECUALI.....

Rasulullah saw. bersabda, Apabila seseorang telah meninggal dunia, putuslah pahala amalnya kecuali tiga hal, iaitu: anak yang saleh yang mendo'akannya, sedekah jariyah, dan ilmu yang bermanfa...

13 Mei 2010

MULAKAN DENGAN BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH 1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan...

12 Mei 2010

SINAR AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan   lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan...

6 Mei 2010

BAGAIMANA POSISI TIDUR ANDA..?.

Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن... Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim) Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:- Tidur dengan meniarap Dr Zafir al-Attar berkata: "Seseorang yang tidur meniarap...

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com