Tahun
demi tahun, kita meneruskan kehidupan, dulu di alam persekolahan, alam
bergelar pelajar
universiti dan sekarang dialam pekerjaan.
universiti dan sekarang dialam pekerjaan.
Jalan yang terpaksa di lalui rupanya kian lama kian sukar. Onak dan duri menanti di sepanjang perjalanan. Ada masanya kerja kuat menempuh halangan dan ada masanya ditewaskan.
Titik hitam mula berkumpul dalam hati, setitik demi setitik, hingga lama kelamaan menjadi banyak. Iman pula sentiasa di paras yang berbeza-beza, ada pasang surutnya yang tersendiri.
kita
kian banyak melakukan dosa. Ampunkanlah kami Ya Allah.. Apa gunanya
akami hidup, andai kehidupan ini semata-mata untuk menambah bebanan
dosa? Dan kenapa KAU izinkan kami hidup sedangkan timbangan dosa kian
lama kian berat?
Setiap
apa yang Allah ciptakan, biarpun sebesar zarah, pasti ada hikmahnya,
pasti ada sebabnya. Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Ajal maut
semuanya di tangan Dia dan hanya Dia yang tahu, bila tiba masanya
Izrail harus datang menjemput. Dia yang Maha Berkuasa.
Pernahkah kita terfikir, kenapa kita masih hidup hari ini?
Bersyukurlah
kerana sehingga hari ini, kita masih lagi dipanjangkan umur, tempoh
pinjaman jasad dan nyawa ini masih lagi dipanjangkan.
Terfikirkah
kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang
kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? Kita
masih hidup agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita
lukai hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang
belum terbayar.
Terfikirkah
kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita,
memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan
telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara.
Terfikirkah
kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum
terlaksana sempurna. Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan
bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi.
Aduh, rupanya perjuangan kita di alam kehidupan ini masih belum selesai. Masih banyak yang harus kita persiapkan..