Cuba
kita renung dan fikirkan sejenak disamping menghitung segala amalan
yang telah lakukan setiap hari, banyak manakah amalan dan bekalan yang
kita telah lakukan untuk menghadapi sakaratul maut dan akan mengadap
Allah SNT apabila kita mati kelak. Bahkan Rasullullah sendiri pun
merupakan kekasih Allah dan Allah sendiri pun amat kasih kepadanya
terpaksa meminta pertolongan kepada Allah SNW dalam menghadapi sakaratul
maut, maka betapa pula kita yang doaf lagi lemah serta banyak dosa ini
samaada berdoa dengan Allah dan manusia.
Bagaimana
nak menghadapi sakaratul maut, sedangkan kita luka sedikit sahaja
dibadan pun sudah terperi sakitnya tidak tertanggong lagi bahkan
terpaksa makan ubat penahan sakit.bagaimana pula sakit apabila nyawa
hendak bercerai dari badan. Maka oleh kerana itu marilah kita menghitung
dan memikirkan serta marilah kita membuat amalan yang sebanyak mungkin
sebagai bekalan menghadapi sakatul maut yang amat pedih ini.
Marilah kita berdoa supaya kita mati dalam keadaan beriman dan dapat menuturkan kalimah toiyibah " LAAILA HA ILLAH" jangan mati dalam keadaan berlomoran dengan dosa dan kesalahan samaada kesalahan Manusia dan kesalahan dengan Allah SNW.
Maksud Hadis dari Aisyah Radiallah Huanha berkata:
Aku
melihat Rasullullah SAW sedang menghadapi sakaratul maut dan disisinya
ada sebuah mangkuk yang berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya
kedalam mangkuk itu lalu menyapu mukanya dengan air sambil bedoa
" YA ALLAH BERILAH PERTOLONGAN KEPADA AKU UNTUK MENGHADAPI KEPEDIHAN MATI DAN SAKARATUL MAUT"
( Hadis riwayat Tarmizi)
" YA ALLAH BERILAH PERTOLONGAN KEPADA AKU UNTUK MENGHADAPI KEPEDIHAN MATI DAN SAKARATUL MAUT"
( Hadis riwayat Tarmizi)