Daripada
Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW
sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”
sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”
Allah
berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk
orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan
di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kemudian
kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab:
Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke
Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”
Kami
bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana
nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian
baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua.
Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku
di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku,
kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama
mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian
Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala
tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah
yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang
wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”
Semakin Tenat
Semenjak
hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya
selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah
datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.
Sehari
menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin
bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai
mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah,
kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia
berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”
Fatimah
menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke
dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal
datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang
tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.
Setelah
Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam
keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar
menjadi imam dalam solat.”
Maka
keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil
berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?”
Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau
menjadi imam dalam solat tersebut.
Ketika
Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang
lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu
ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam
masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda
bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah
menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW
tidak ada bersama mereka.”
Kemudian
Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil
dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid.
Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai
dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam
pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku
atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar
bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana
ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai
hari terakhirku berada di alam dunia ini.”
Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada
hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat
Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian
sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa
Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya
masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak
mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka
turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar
sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman
Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai
ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar
menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba
Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”
Kemudian
Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya
masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu
baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka
pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya
katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia
memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”
Rasulullah
SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak
wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia
adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang
meramaikan kubur.”
Kemudian
Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah
Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.”
Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau
datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat
Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika
tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Rasulullah
SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan
kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat
Maut.
Baru
sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang
kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah
SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah
dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”
Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya
Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang
telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab;
“Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan
malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”
Baginda
SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa
lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi:
Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah
berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum,
semuanya menanti kedatangan rohmu.”
Baginda
SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi
wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab:
Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama
diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian
Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk
Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang
menggembirakan aku?”
Jibril
as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan
tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang
akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah
yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan
sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke
Baitul Haram sesudahku?”
Jibril
menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya
Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan
umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”
Maka
berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku.
Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada
dekat Rasulullah SAW.
Ali
ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan
baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun
yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas
menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari
dalam Syurga.
Kemudian
Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda
sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya
maut.”
Mendengar
ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah
SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?
Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka
baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya
roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.