Biasanya, kita akan memikirkan…
1. Kesibukan bekerja.
2. Hutang, anak-anak dirumah, belanja hujung bulan nanti.
3. Sikap dan ragam rakan sekerja yang Anda tak suka.
4. Ketua yang hanya tahu memarah, mengarah dan mulut celupar.
5. Cemana nak berehat kat rumah nanti, banyak kerja-kerja belum siap sedang menanti.

6.
Bonus pun tak dapat sedikit. RM 500 je. Hujung tahun nak beli pakaian
sekolah.Tahun depan anak nak sekolah. Pening kepala memikirkannya.
Nampak tak? Semua fikiran kita mengarah kepada fikiran negatif. Banyak negatifnya.
Mengapa kita tidak memikirkan macam mana kita seronok bekerja dan macam mana kita boleh bermotivasi ketika diwaktu kerja?
Kenapa
fikiran kita tak mengarah kepada yang positif? Sebabnya, kita banyak
menghampirkan diri pada unsur-unsur negatif, bercakap hal-hal negatif
dan kita bergaul dengan orang-orang berfikiran negatif yang sama macam
kita. Dalam 20 orang di satu tempat kerja yang sama, hanya seorang
sahaja memikirkan soalan-soalan di atas, itupun sebab dia baru bekerja
atau masih bujang. Selebihnya, fikiran banyak bertumpu pada masalah
hidup - masalah kewangan dan masaalah sekeliling terutamanya.
Ramai orang yang bekerja tak ada motivasi kerja sebab:
1. Tak memaafkan kesalahan-kesalahan orang lain sebelum tidur.
2. Lupa untuk mengingati Tuhannya dalam setiap masa dan perkara.
3. Tak bertenaga dan tak pandai mengekalkan tenaga.
4. Dikuasai emosi - biasanya marah, dendam, cemburu, dengki dan kianat dan tak boleh orang melebihi kita. Bengkak kepala kita.
5. Gagal menyempurnakan ibadah-ibadah wajib pada waktunya. Yang sunat ditinggal terus.
6. Gagal menyempurnakan hak orang lain, terutamanya janji. Penting diri sendiri.
7. Tidak ada matlamat dalam kerjaya, cuma matlamat kewangan sahaja. Fikir macammana nak tambah duit, duit, duit, duit....

8. Lupa kepada mati. Masa depan kita adalah mati. Bukan harta, wang atau kekayaan yang dimiliki. Bila mati, tidak ada yang berguna lagi semua itu melainkan amalan kita atas dunia sahaja.
Jadikan
sebab-sebab di atas sebagai pemula untuk kita menilai diri, menilai
disiplin kerja, menilai sikap kita, menilai amalan kita, pencapaian kita
di tempat kerja dan HATI kita.
Cuba ambil masa sejenak fikir sejauh mana sikap kita selama ni.Fikir-fikir, renung-renung dan dimana dan kemana kita ?.