Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

13 Mac 2010

FITNAH HARTA

Dari Ka'ab bin 'lyadh r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya setiap ummat itu ada fitnahnya dan fitnah ummatku ialah harta."(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih).
Yang dimaksudkan harta itu "fitnah" adalah kerana harta itu ialah satu dugaan yang besar, di mana ia boleh melalaikan kita daripada mengerjakan kebajikan untuk menanam modal kita di akhirat. Sambil kita bekerja bertungkus lumus untuk menambahkan harta, kita mungkin lupa untuk membuat amal bakti, seperti bersembahyang, berdakwah dan menolong saudara-mara kita yang susah. Allah SWT telah berpesan kepada kita dalam Surah Al Takaathur supaya kita jangan dilalaikan dengan harta, pangkat dan pengaruh sehingga kita tak sempat nak membuat amal kebajikan sebelum tiba ajal kita, lebih-lebih lagi apabila kita tak tahu bila akan tiba ajal kita, entah esok atau lusa.
[1] Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
[2] Sehingga kamu masuk kubur
َ
[3] Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
[4] Sekali lagi (diingatkan) : jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
[5] Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

(Surah At-Takaathur)

12 Mac 2010

MATI SEBELUM AJAL

Mungkin kita tertanya-tanya mengapa dikatakan mati sebelum ajal, bukankah mati berlaku apabila ajal menjelma. Setiap hari, setiap saat pasti aka ada kematian di atas muka bumi ini, pasti ada yang bertukar tilam, dari empuk dan berhawa dingin kepada tanah yang keras dan sempit lagi gelap. Ada orang bertanya kepada saya, mengapa saya gemar membicarakan topik kematian. Saya mempunyai alasan saya yang tersendiri kerana mati itu juga adalah titik permulaan kehidupan seorang spiritualis.
Jika matinya membawa bahagia maka beruntunglah dia namun jika mati itu pembuka pintu neraka jelas kerugian sudah melanda. Apalah gunanya kita hidup bermewahan tetapi apabila mati kemiskinan menjadi teman. Apalah gunanya kita dikelilingi sanak saudara serta teman taulan tetapi sewaktu di alam barzah kita keseorangan tanpa bekal, tanpa pertolongan. Pada saya, setelah mengamati kehidupan yang berlalu setiap hari, saya melihat tidak kira siapa pun kita, sedalam mana kasih sayang anak-anak kita kepada kita, sekuat mana ikatan cinta pasangan kita, yang pastinya apabila kematian datang kepada kita, kesedihan, kesugulan hanya datang buat sementara waktu, hanya ketika tanah kubur merah.
Setelah itu mereka juga seperti kita sekarang, sibuk menyempurnakan tanggungjawab dunia dan ingatan kita pada si mati hanya tinggal ingatan, sedikit demi sedikit berlalulah doa yang pada awalnya kita panjatkan. Justeru hal inilah yang mengingatkan saya agar menyiapkan bekal untuk diri sendiri, supaya nanti tidak keseorangan dan kegelapan. Bekal paling perlu bagi saya adalah perasaan saya dengan Allah swt kerana dari rasa itu datang perbuatan dan mencetuskan keikhlasan. Kita harus terus hidup sehingga tibanya ajal yang ditetapkan.
Janganlah kita mati sebelum ajal kerana kerugian yang besar sudah pasti menyusahkan. Mati sebelum ajal seperti kita hidup tapi tidak bernyawa, kita makan tetapi tiada rasa, kita minum tak hilang dahaga. Mati sebelum ajal adalah keadaan di mana hati kita sudah mati walau jasad tegap berdiri. Hati sudah terkunci walau bicara petah tiada henti. Jiwanya sudah kering, biar jasadnya bermandi berendam di dalam air tidak pernah kering. Maka apabila jiwa kita sudah kering, hati kita sudah mati, kita sepertinya sudah tidak disukai Allah swt.
Jika ini berlaku maka siapakah yang mahu kita ambil menjadi tuhan, bukankah kita kini dalam kerugian. Dek kerana itu kita perlu memastikan yang kita tidak mati sebelum ajal. Orang yang sudah mati sebelum ajal, sukar menerima ilmu, sukar menerima hal-hal berkaitan agama dan jiwa mereka kosong. Kehidupan mereka juga tidak keruan, mereka resah, mereka gelisah, mereka merasakan ada kekosongan dalam hidup tetapi keegoan mereka menutup kekosongan hati mereka. Hati menjadi hidup apabila kita mengingati Allah swt dan mengingati Allah swt cukup indah jika kita melakukannya dengan rasa.
Merenung kematian merupakan jalan mudah untuk melembutkan hati kerana apabila kita merenung kematian maka bermainlah di benak kita, adakah kita diterima Allah swt atau kita sebenarnya dibenci Allah swt. Orang yang mengingati mati, akan sentiasa melihat kematian di hadapannya, dia tidak takut mati kerana mati adalah jalan bertemu Tuhannya tetapi yang ditakutinya adakah dia diterima Alah swt. Kematian itu pasti, kehidupan itu realiti. Kematian itu abadi, kehidupan itu titi maka berhati-hatilah dalam meniti jangan sampai terjatuh mati kerana ‘kematian’ hati itu punca sepi.
Justeru marilah kita berlatih untuk mati agar kita dapat bersedia menghadapi hari yang mana hanya kita yang mengetahui sakit tak terperi. Jika kita berlatih setiap hari dalam menyediakan diri, insya Allah kita siap untuk berdikari. Tetapi harus kita ingat persedian itu berbentuk fizikal yang paling penting adalah ikatan rasa justeru itu awal sifat dua puluh itu wujud… merasa kewujudan Allah swt. Latihan fizikal yang perlu untuk kita menghadapi mati adalah solat. Mengapa? Cuba kita renung kembali, selain orang solat siapakah yang melakukan qiam… jawapannya orang yang meninggal.
Maka falfasah paling mudah untuk kita lihat dalam solat itu adalah melatih kita untuk mati. Maka solat itu penuh ketenangan dan jika kita mampu melaksanakan solat dengan penuh kualiti maka kita akan dapat melihat erti kematian dan kita akan mula merasa perlunya mengingati kematian. Orang yang bijak akan sentiasa mengingati hari matinya, kerana ianya akan membawa mereka untuk lebih mencintai Allah swt. Solat itu jalan mudah untuk merasa kematian justeru seharusnya sebelum solat kita sudah mematikan dunia, kita sudah meninggalkan dunia.
Namun apa yang sering berlaku, kita masih membawa dunia yang penuh masalah ke dalam solat hingga terabai rasa cinta kita dengan Allah swt. Saya sering mengingat diri saya serta mereka yang bersama saya, marilah kita berhati kering dengan dunia tetapi basah dengan cintaNya. Janganlah sampai dunia menjadi tuhan dalam solat kita dan seandainya itu berlaku maka kita sudah pun hampir mati bahkan mungkin sudah mati sebelum ajal. Belajarlah untuk mati lima kali sehari, bertatihlah untuk diri, jangan berlari nanti jatuh lupa diri.
Cinta Ilahi tidak terperi, wajah berseri hidup bererti. Jika cinta sudah terpatri, biar aku mati dari sendiri. Cinta itu sungguh bererti, hidup dan mati ku untuk Ilahi. Semoga kita dapat memulakan langkah mendalami erti kematian dalam solat. Amiin.

11 Mac 2010

AMALAN HARIAN


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak  pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang  mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa  kami, dosa semua umat2 islam yang masih  hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

TAWARAN ISTIMEWA KURANG REBUTAN


Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : "Seandainya orang ramai mengetahui betapa besar pahala azan dan menepati saf pertama di masa sembahyang berjamaah, kemudian mereka tidak menemukan jalan untuk memperolehinya melainkan dengan membuat undi atau giliran nescaya mereka akan berbuat demikian. Juga seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala bersegera pergi ke masjid untuk melakukan sembahyang berjamaah, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Demikian pula seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala sembahyang Isyak dan Subuh berjamaah, nescaya mereka akan datang untuk menghadirinya sekalipun mereka terpaksa berjalan dengan merangkak-rangkak" . (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Azan, menepati saf pertama, bersegera pergi ke masjid, mengerjakan sembahyang Isyak dan Subuh berjamaah adalah diantara amalan yang akan diberikan pahala yang amat besar sekali pada hari qiamat nanti. Kalau orang ramai mengetahui nilai ganjaran terhadap amalan-amalan ini dan diperlihatkan kepada mereka seperti gaji yang diterima pada setiap hujung bulan, mereka mesti akan berusaha sedaya upaya untuk merebutnya, bahakn mereka terpaksa membuat giliran untuk membuat agihan kepada orang-orang yang ingin mendapatkan peluang itu.
Namun kenyataanya bukan demikian. Banyak orang yang tolak menolak dalam melaksanakan amalan-amalan ini. Terkadang kalau ternampak saf pertama atau saf hadapan itu kosong, yang seorang mempersilakan untuk memasukinya dan yang lain pun begitu pula. Padahal dalam masalah seperti ini makruh mendahulukan orang lain. Peluang itu mesti kita rebut dan jangan diabaikan. Tetapi sebaliknya ada pula orang yang kalau makan bersama-sama, ia tidak berkenan mempersilakan orang lain untuk mendapatkan habuan yang lebih banyak daripadanya, padahal dalam keadaan seperti ini kita sangat disuruh untuk melebihkan dan mendahulukan orang lain.
Amalan-amalan yang disebutkan dalam hadith di atas ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan kesempurnaan sembahyang yang merupakan tiang agama kita dan berkaitan dengan sembahyang berjamaah yang merupakan syiar bagi kamu Muslimin.
Oleh itu amalan-amalan ini sangat perlu untuk diperkemaskan dan disempurnakan. Kalau di zaman Rasulullah SAW, tidak ada orang yang ketinggalan dari menghadiri sembahyang berjamaah selain daripada orang-orang munafiq dan orang-orang Islam yang mempunyai keuzuran yang ketara sekali. Bahkan ada diantara sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang terpaksa dipimpin oleh dua orang anaknya untuk dapat hadir sembahyang berjamaah. Tetapi di hari ini, banyak masjid-masjid kosong dari sembahyang berjamaah dan banyak pula masjid-masjid yang hanya dihadiri oleh orang-orang tua atau pegawai-pegawai yang sudah pencen sahaja dan banyak pula masjid yang tidak sampai satu saf orang hadir sembahyang berjamaah di dalamnya. Maka dari kerana itu marilah kita bersama menegakkan syiar umat Islam ini dan InsyaAllah dengan itu kita akan dikurniakan kemenangan yang pernah diberikan kepada generasi yang dahulu.

10 Mac 2010

BERTAUBATLAH WAHAI SAUDARA KU...


Setiap manusia wajib bertaubat, samada mereka sedar mereka telah melakukan dosa atau mereka yakin mereka tidak melakukan dosa. Kerana pada hakikatnya setiap manusia melakukan dosa tanpa disedari, kecuali Rasul2 dan Nabi2 mendapat pemeliharaan Allah Ta'ala.
Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda:
“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Taubat bagi dosa2 yang dikerjakan dengan sengaja adalah berbeza dengan taubat yang dilakukan atas perkara2 yang tidak disedari atau disebabkan kelalaian.
PERKARA2 YANG WAJIB TAUBAT PADANYA:
1.   Maksiat zahir/dosa2 disebabkan anggota zahir – seperti meninggalkan solat, puasa, zakat , tidak mencegah kemungkaran, derhaka kepada ibubapa, berzina, membunuh, berkata dusta, mengumpat, memfitnah, menzalimi mkhluk Allah dan banyak lagi.
2.   Maksiat Batin /dosa2 yang disebabkan oleh gerak hati – seperti ria’ dalam amal, ujub, takabbur, jahat sangka kepada Allah, jahat sangka sesama manusia dan lain-lainnya yang tersebut didalam kitab Tasawwuf.
SYARAT2 DAN ADAB BERTAUBAT
1. Segera menghentikan maksiat/perlakuan dosa tersebut. .
2. Menyesal dengan penyesalan yang benar atas maksiat/dosa2nya.
3. Berazam sungguh2 untuk tidak mengulangi lagi perlakuan maksiat tersebut selamanya
4. Jika dosa2 tersebut dengan haq Tuhannya maka wajib menggantikan segala yang tertinggal. Umpamanya tertinggal solat, puasa dll.
5. Jika dosanya sesama manusia selain mohon keampunan Allah wajib pula mengembalikan haknya. Maksudnya adalah :
i) Jika pernah menzalimi, memfitnah, mencaci, menyakiti, menuduh tanpa hak, mengumpat dll maka wajib berjumpa dan memohon maaf daripadanya.
ii) Jika pernah mengambil harta tanpa hak, maka wajib dikembalikan atau diganti dengan yang sama atau di minta halal.
6. Ikhlas. Taubat yang mempunyai maksud kepentingan duniawi tidak diterima.
7. Taubat dilakukan pada masa diterima-nya taubat. Masa diterimanya taubat adalah:
I) Sebelum saat sakaratul maut (sebelum nyawa sampai halkum).
Ii)Sebelum Matahari terbit dari barat (tanda besar Qiamat).
DOSA2 YANG TIDAK DISEDARI
Seseorang wajib bertaubat atas semua dosa2 yang dilakukan dengan penuh kesedaran, samada dosa kecil ataupun dosa besar. Disamping itu ada lagi dosa2 yang kita lakukan secara tidak sedar, atau disebabkan kelalaian.
Diantara dosa2 yang tidak disedari adalah :
1. Tidak berzikir kepada Allah/ lalai dari mengingati Allah.
2. Tidak mensyukuri ni'mat Allah.
3. Tidak menunaikan hak manusia.
Dan banyak lagi yang berlalu tanpa disedari. Dengan demikian wajib bertaubat berterusan walaupun kita merasakan kita tak berbuat dosa. Pada hakikatnya kita sentiasa dalam dosa tanpa disedari.
CARA-CARA MELAKUKAN TAUBAT INI
1. Lazimkan Solat Taubat
2. Membaca Istighfar berulang2 dan banyak2  umpamanya 100 kali tau lebih.
3. Lazimkan Sujud taubat.
TANDA2 TAUBAT DITERIMA
Sesungguhnya adalah hak mutlak Allah Ta’ala samada mengampuni atau tidak hamba2Nya. Walau bagaimanana pun, Jika seseorang melakukan taubat dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan dengan menitiskan air mata penyesalan, maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dosa2 hambaNya walau sebesar dosa sekalipun.
Seseorang yang telah bertaubat sungguh2 akan merasai dalam dirinya beberapa tanda taubatnya diterima. Tanda2 ini kebanyakannnya dirasai oleh hati dan ada juga tanda2 zahir yang dapat diperhatikan :
1.   Hatinya akan merasai ketenangan dan kelapangan yang tidak dirasai sebelumnya. Kerana seseorang yang bertaubat dengan taubat Nasuha, adalah seperti seorang yang tidak berdosa. Hatinya telah disucikan oleh Allah Ta’ala. Maka yang tinggal dalam hatinya adalah cahaya keimanannya.
2.   Hatinya cenderung dan kuat keinginannnya untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Ta’ala serta berbuat amalan kebajikan yang lain kepada manusia seperti bersedekah dll.
3.   Anggota tubuh zahir dan batinnya di abdikan untuk mengikut petunjuk Allah.
4.   Hatinya sangat membenci ma’siat serta perbuatan kufur kepada Allah Ta’ala.
5.   Hidupnya penuh kedamaian. Walaupun rezekinya sedikit tetapi memadai serta mencukupi bagi kehidupannya.
Moga kita semua termasuk yang mendapat keampunan Allah Ta'ala.
(rujukan utama : Ihya Ulumuddin, Syarah Imam Nawawi, Ibnu Hajar, Al-Hikam, Sirrul Asrar)
Wallahu A'lam

9 Mac 2010

ANDA PERNAH MENANGIS ?..

Pernahkah anda merasa ingin menangis? Bila ingin menangis, menangislah! Sebab Allah menyukai tangisan hamba-hambaNya yang bertaqwa sebagaimana hadist yang diriwayatkan Abu hurairah, Rasulullah bersabda:
'Tiada sesuatu pun yang Allah lebih sukai daripada dua titisan dan dua luka iaitu setitis air mata karena takut kepada Allah dan setitis darah yang tertumpah dijalan Allah. Dan ada dua bekas itu adalah bekas di jalan Allah dan bekas pada perintah-perintah Allah yang fardhu (HR. at-Tirmidzi) .
Aisyah juga berkata, 'Rasulullah duduk sambil menangis hingga tanah menjadi basah. Lalu datang Bilal mengumandangkan azan waktu sholat. Ketika Bilal melihat Rasulullah menangis, ia bertanya, 'Wahai Rasulullah, engkau menangis sedangan Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu maupun yang akan datang?' Rasulullah menjawab, 'Apakah engkau tidak suka, jika aku menjadi hamba yang bersyukur? Malam ini telah turun satu ayat kepadaku celakalah orang yang membaca satu ayat tapi tidak merenungkannya. '
Adapun Abdullah bin Asyakhir berkata, 'Aku datang menemui Rasulullah sedang sholat isyak sambil menangis. Suara tangisnya seperti bunyi air dalam bejana sudah mendidih. Beliau juga bangun diwaktu tengah malam dan melakukan sholat tanpa henti menangis hingga pangkuannya beliau menjadi basah.'
Maka berbahagialah kita yang masih bisa menangis karena kecintaan dan rasa syukur atas karunia Allah yang dilimpahkan kepada diri kita.
Ingin menangis?
Menangislah!
Apabila dibacakan satu ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.' (QS.

8 Mac 2010

STRATEGI SYAITAN


SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat kawan, sebaliknya kena dibuat lawan. Jika hendak bermusuh dengan syaitan, kita mesti mengetahui teknik serta sepak terajang syaitan dan konconya yang begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan menyesatkan manusia.
Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar daripada godaan mereka.
Antara strategi syaitan ialah:
1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini.
Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan. Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang menyakinkan."
Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia. Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.
2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan.
Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.
Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi SAW dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca, "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."
Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran. Dengan membaca bererti semakin banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.
3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas. Sebab itulah ibadat mesti dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah berjuang dengan ikhlas.
Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan berasa bersama dengan Allah.
4. Syaitan sangat suka orang sombong diri. Sebaliknya syaitan akan menjauhkan diri daripada orang merendah diri.
Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan 'Taukeh' (Tuhan).
5. Syaitan ‘auta’nya sangat hebat. Bagi yang solat jemaah di masjid, syaitan tidak berkata, “tak payah solat.” Dia bisik, “masbukpun tak apa, dapat juga jemaah.” Kalau dah masbuk nanti, “boleh tepuk bahu orang lain, dapat juga jemaah.” Nanti dah tak dapat tepuk bahu orang, “dapat juga solat di masjid, lagi baik dari rumah. Orang lain solat di rumah.” Nanti “kalau solat seorang di masjid baik buat di rumah saja, maghrib dan isyak barulah masjid.” atau “waktu kerja ni, maghrib dan isyak di rumah pun boleh, nanti dah pencen barulah full di masjid” …. dan seumpamanya. Kalau kita solat di masjid jemaah (lelaki) dengan solat nafilahnya banyaklah buffer dan benteng pertahanan. Tembus satu benteng ada benteng lain, cepat sedar dan perbaiki diri. Syaitan tembak dari jauh!
6. Lihat sejarah silam permulaan manusia, pada asalnya menyembah patung. Anak Nabi Adam, pada zaman mereka, masih belum sembah patung. Mereka percaya sangat Allah beri rezeki. Iblis tak hasut anak Nabi Adam sembah patung. Malangnya, generasi selepas mereka, syaitan mula menghasut dengan usul membuat patung, untuk memperingati nenek moyang yang soleh atau dijadikan sebagai teladan. Di zaman Nabi Nuh a.s., patung telah disembah sebagai Tuhan. Lihatlah bagaimana iblis/syaitan memainkan fikirkan manusia. Iblis dan tenteranya sabar, berstrategi demi sumpah mereka, iaitu menyesatkan manusia. Iblis sanggup merayu, "Ya Tuhanku" agar diberi umur panjang demi melihat anak-anak Adam tersungkur.
Dalam surah Yaasiiiin ayat 60, yang bermaksud, “…Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu……” Dalam ayat ini, memang jelas Allah memperingatkan kita, jangan tunduk kepada syaitan kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata. Kita berhadapan dengan syaitan yang ghaib (tak nampak) dan syaitan yang nyata (nampak). Justeru itu hanya ilmu, iman dan taqwa dapat menghindarkan kita dari pujukan / tarikan syaitan.
Kesimpulannya kata kunci untuk melawan syaitan dengan empat huruf, iaitu 'BEST'.
B merujuk kepada 'believe in Allah' (beriman kepada Allah),
E ialah 'Eager to learn' (gigih untuk belajar sampai mati),
S ialah 'sincerity' (melakukan kerja dengan ikhlas) dan
T ialah 'towards excellence' (menggapai keunggulan).
Cuma satu hal, apabila sudah berjaya jangan sombong diri, nanti makan diri!
Renung-renungkan, dan selamat beramal!

7 Mac 2010

PERUMPMAAN


Wanita ialah makhluk Allah swt yang terkadang sangat menyusahkan dan kerap-kali membawa masalah dan fitnah di mana-mana dia berada. Bukan dirinya mahu menimbulkan fitnah tetapi perbuatan dirinya membawa fitnah dan bukan hatinya berniat fitnah tetapi tubuh badan dan perilakunya mengundang fitnah.
Al-Qur'an menyebut satu perumpamaan yang menarik untuk dikongsi bersama :
" Allah membuat perumpamaan bagi orang yang kafir akan perihal isteri Nuh dan isteri Luth. Keduanya berada di bawah penguasaan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba kami lalu kedua isteri mereka itu melakukan khianat kepada suami mereka dan kedua suami mereka itu tidak sedikit pun dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah dan dikatakan kepada kedua isteri itu : Masuklah ke neraka bersama-sama orang yang dimasukkan ke dalamnya" (Surah At-Tahrim : 10).
Berkata Dhahak dari Ibn Abbas ra bahawa tidaklah isteri-isteri para nabi itu apabila dimaksudkan khianat bererti melakukan maksiat (zina) keji dengan kecurangan kerana isteri para nabi terpelihara dari zina dan kecurangan sebaliknya dimaksudkan khianat ialah mereka mengkhianati suami mereka pada agama (lihat tafsir Ibn Katsir m/s 565 Jilid 3 dan demikian juga pegangan Imam Syaukani dalam Fathul Qadirnya.
Demikianlah para ulama tafsir dalam menerangkan ayat ini menyebut bahawa pengkhianatan yang dilakukan oleh wanita isteri nabi ialah pada perjuangan suami mereka, pada agama, sikap nifaq (dusta) mereka kepada perjuangan agama yang dibawa oleh suami mereka sekaligus melayakkan mereka dimasukkan ke dalam neraka bersama ahli maksiat.
Kaitan ayat di atas dengan realiti hari ini sangat jelas iaitu pada beberapa aspek :
1) Lelaki yang soleh tidak dapat menjamin boleh memastikan isterinya turut menjadi solehah dan beriman tanpa rahmat dari Allah.
“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269).
Hal ini jelas diperhatikan dalam ayat di atas apabila seorang nabi Allah sekalipun tidak dapat dan tidak mampu menjaga isterinya dari melakukan khianat dan kejahatan kepada agama.Maka wajarlah orang ramai memahami bahawa kadang-kadang kita melihat lelaki yang beragama, teguh mengikuti sunnah namun isterinya adalah sebaliknya berperangai buruk, melayani mertua dan keluarga pihak suami dengan tidak baik, angkuh, degil dan pelbagai lagi sifat.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).
Seharusnya kita tidak menyalahkan lelaki sekalipun Islam menetapkan suami ialah ketua keluarga dan bertanggungjawab di atas isterinya namun apakah kita berani mengatakan Nabi Allah Nuh dan Luth ialah contoh suami yang gagal sedang wahyu Allah turun kepada mereka ?
Nauzubillahumin dzalik, sebaliknya sehingga rasulullah sendiri ditegur oleh Allah swt dengan firman-Nya :
“ Wahai nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkan bagi kamu demi mencari kesenangan hati isteri-isteri- mu dan Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang” (At-Tahrim : 1).
Bukti dan dalil hujah terlalu banyak menyebutkan wanita dan isteri kerap melalaikan suami-suami dan lebih dari itu dalam masalah perjuangan mereka seringkali menyusahkan, memberi bebanan dan paling kerap melakukan pengkhianatan dalam perjuangan.
Bahkan suami yang membawa perjuangan, mereka diberi oleh Allah swt akan pilihan yang luas dan pintu peluang untuk menceraikan isteri-isteri wanita yang menghalang terjalannya dakwah dan perjuangan tanpa menghiraukan kehilangan isteri mereka kerana Allah swt akan mengantikan dengan yang lebih baik.
“Jika Nabi menceraikan kamu semoga tuhan-Nya akan mengantikan kepadanya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu iaitu yang menyerah diri, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang beribadah, yang berpuasa baik janda atau dara” ( At-Tahrim : 5).
Juga ayat di atas menjelaskan ciri-ciri wanita yang sepatutnya menjadi pilihan kepada para muslim lelaki dalam mencari pasangan. Kita tidak mahu mempunyai isteri yang aktif , bijak, cerdik, mengaji di luar negara atau mempunyai Master dalam agama tetapi tidak menyerah diri (menjadi muslimat yang benar) kepada agama dan perjuangan yang dibawa oleh kita.
Apabila suami membawa perjuangan sunnnah, dakwah salafiyah maka pastinya kita harus mengelakkan para wanita yang jauh dari sunnah, bersahabat (cenderung) dengan ahli bid’ah sekalipun dia tidaklah jelas-jelas melakukan bid’ah atau berselindung di sebalik sunnah.
Menikahi para wanita ahli kitab lebih disukai oleh para ulama ahlul sunnah wal jamaah kerana dengannya dapat membuatkan isteri terdakwah dan kemungkinan mendapat hidayah kepada Islam.
“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” Al-baqarah: 221).
Sebaliknya menikahi wanita ahli bid’ah, atau cenderung kepada sufi dan golongan seumpamanya sebaliknya memudharatkan perjuangan kerana mereka kemungkinan melakukan khianat dan menyusahkan perjuangan dakwah sunnah. Ini kerana wanita ahli bid’ah dan yang bersahabat dengan ahli bid’ah (misalnya sufi baik dari Hadramaut atau Mesir dan lain-lain) mereka ini tidak merasa melakukan apa-apa kesalahan.
Diriwayatkan Ali bin Abi Thalib ra pernah berkata, " Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu kerana ilmu adalah agama” (Lihat Al Khatib Al Baghdadi, dalam At Tankil, m/s 121).
Misalnya mereka berkata : “ Ana cuma suka menziarahi laman web ahli bid’ah kerana mahu mengambil cerita-cerita tentang tempat-tempat menarik di negaranya sahaja” atau mereka juga mungkin berkata : “ ustaz, ana tahu perkara ini tidak patut tapi…”
Perkataan tapi, cuma, hanya, sebenarnya dan macam-macam lagi alasan diputar belit oleh wanita seperti ini yang tidak “memiliki sifat menyerah diri” kepada perjuangan dakwah salaf dan sunnah rasulullah ialah bukan ciri-ciri wanita yang kita (ahlul sunnah) kehendaki.Sekaligus membawa pemahaman bahawa pemikiran kebanyakkan wanita hari ini yang mahu mencari calon suami dari kalangan orang agama seperi ustaz dan sebagainya supaya mahu memastikan mereka dibimbing dan menjadi solehah adalah tidak semestinya betul dan sebaliknya menyusahkan dan membebankan para ustaz dan pendakwah apabila mendapat isteri yang degil seperti yang disebut tadi.
Sebaliknya wanita bodoh, lurus, lugu, lembab (sindrom down) atau apa macam lagi kelemahannya tetapi jika dia seorang wanita yang menyerah diri kepada Allah dan rasul dan kepada perjuangan sunnah maka dialah wanita pilihan kita dan wanita yang menjadi harapan membantu dan menyokong suami di dalam perjuangan.
Wanita ini membiasakan diri mereka dengan berkata : “ Maafkan ana”, “Maaf ustaz ana tidak tahu”, “ Saya minta maaf, tolong ajarkan saya apa patut saya buat”, “Ustaz, beri saya peluang bertaubat, bimbinglah saya” dan macam-macam lagi kata-kata mulia yang indah yang disukai oleh Allah dan rasul.
Dari Shofiyah binti Syaibah berkata: “Ketika kami bersama Aisyah ra, beliau berkata: “Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi Allah, saya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayat-Nya melebihi wanita-wanita Ansar. Ketika turun kepada mereka ayat: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dada mereka.” (An-Nur: 31) Maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya dan tidak seorangpun di antara wanita itu kecuali segera berdiri mengambil kain tirai dan menutupi kepala dan wajahnya, kerana percaya dan iman kepada apa yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya. Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak”.
2) Hendaklah para wanita mengetahui bahawa kelebihan mereka (para wanita Islam) bukanlah apabila mereka (wanita) itu lulusan Al-Azhar yang kononnya alim agama sehingga pergi ke Mesir dengan musafir tanpa mahram, kemudian menetap di Iskandariah dan musim cuti berjalan-jalan ke pantai-pantai dan berkelah serta ke sana-sini tanpa mahram hanya berteman kawan-kawan perempuan yang semuanya wanita-wanita tudung labuh yang merasa dirinya baik Juga wanita Islam tidaklah mulia apabila dia memiliki dua tiga buah laman web bagi mencerita dia pergi ke sana sini, apa dia buat, dengan kawan-kawan siapa dia keluar dan lain-lain kisah hidupnya supaya dibaca oleh orang ramai satu dunia.
Lucu wanita solehah pergi mengembara ke hulu eropah tanpa mahram lalu masukkan catatan perjalanan maksiatnya di dalam blog untuk dibaca dan dibanggakan sebagai satu permusafiran penuh pengalaman…masyaAllah.
Penuh ego, takabur dan berlagak kepada syariat Islam, sudahlah berbuat maksiat sebaliknya berlagak pula dengan mencabar Allah dan rasul dengan mempamerkan perbuatannya di khalayak umum.Wanita Islam juga tidaklah menjadi solehah apabila menceritakan detik-detik harian hidupnya kepada orang ramai, apa perasaannya sehingga ibarat dirinya tiada malu.
Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.”Juga baginda menyebut : “Malu itu adalah sebahagian dari iman dan iman itu di syurga.”
Namun ternyata perempuan tudung labuh, berjubah, mengaji agama ialah perempuan yang paling kurang malunya khususnya yang berfahaman sufi dan kecuali sedikit sahaja yang diselamatkan Allah swt dengan kebaikan dan rahmat-Nya dan mereka itu ialah muslimah salafiyah dan teguh mendokong sunnah dan mengikuti jejak langkah salafus soleh.
“Wahai tuhanku, Engkaulah Ahad dan tiada ilah yang berhak disembah selain Engkau, kepada-Mu Aku bermohon supaya jauhi aku dari wanita-wanita berlagak dengan ilmu agama mereka tapi jahil, wanita bertudung labuh tapi busuk akhlak, wanita pelajar agama tapi memiliki sifat nifaq, wanita yang konon mencari hakikat dan makrifat tapi seorang sufi pekat, wanita yang berlagak baik tapi jahat, wanita yang merasa dirinya cerdik tapi bodoh, wanita yang suka mengikut perasaan tapi mengaku hebat dalam dakwah, wanita yang belajar di Mesir kecuali yang menurut faham salaf, wanita yang berada di luar Negara kecuali yang insaf, wanita yang mengikuti jemaah kecuali yang tidak ta’asub dan ya Allah, aku rela hidupku membujang selamanya demi memelihara agama-Mu dan memelihara diri-Ku dari dicemari oleh wanita nifaq dan musuh perjuangan sunnah rasul-Mu”.
“Ya Allah, dengan rahmat-Mu kurniakanlah kami isteri-isteri yang solehah, yang menyedari dirinya jahil, insaf dirinya lemah, gigih berusaha mempelajari agama, menghormati kami sebagai ahli agama, mentaati kami sebagai pembela dan suami mereka, melayani kami dengan setia, mencintai kami tanpa putus asa, menjauhi sufi dan mengikuti manhaj salafi, membenci bid’ah dan menjauhi ahli bid’ah dan berikanlah kami setia kepada mereka selama-lamanya dan bahagiakan kami dengan mereka”

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com