Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

13 Jan 2010

GERHANA MATAHARI



Gerhana matahari akan berlaku lagi dan akan dapat di lihat di Malaysia pada Hari Jumaat 15 Januari antara pukul 3 petang - 5.30 petang.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah kepada Allah." (Fussilat: 37)
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi SAW bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)

SEMBAHYANG KUSUF DAN KHUSUF


Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu’nya atau keseluruhannya.
Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu’ atau pun keseluruhannya. Ada juga ulama’ yang berpendapat sebaliknya dan ramai ulama’ yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!!
Kaifiyat Solat Gerhana
Niatnya : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala – (Jika solat seorang diri)
Dan : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala – (Jika berimam)
Pertama : Cara yang biasa
Solat dua rakaat di mana setiap rakaat mestilah mempunyai 2 kali qiam(berdiri) , 2 kali membaca surah, 2 kali rukuk yang mana kesemuanya dilakukan secara biasa tanpa memanjangkannya.Jadi untuk 2 rakaat kita hendaklah mempunyai 4 qiam(berdiri), 4 kali membaca surah dan 4 kali rukuk kesemuanya.
Sah juga dilkakukan solat sunat gerhana ini sebagaimana solat Jumaat atau solat sunat biasa dengan 2 rakaat, 2 qiam dan 2 rukuk tetapi ia telah meninggalkan fadhilat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w.
Kedua : Cara yang paling lengkap atau afdhal
Dilakukan dua rakaat dengan membaca surah yang panjang pada kedua-dua qiam bagi setiap rakaat seperti pada rakaat pertama dalam qiam pertama selepas surah Fatihah dibaca surah al-baqarah atau surah lain yang sama panjang dengannya. Pada qiam kedua dalam rakaat pertama pula dibaca apa sahaja ayat yang menyamai 200 ayat. Dalam qiam pertama untuk rakaat kedua selepas Fatihah dibaca sebanyak 150 ayat dan pada qiam kedua pula dibaca 100 ayat daripada mana-mana surah daripada al-Quran. Kemudian ketika rukuk dipanjangkan sehingga menyamai 100 ayat dan ketika rukuk kedua pula menyamai 80 ayat. Untuk rukuk ketiga iaitu pada rakaat kedua menyamai 70 ayat dan rukuk keempat menyamai 50 ayat. Inilah dia kaifiyat atau pun cara yang paling sempurna dan afdhal.
Selepas selesai menunaikan sunat dua rakaat gerhana maka disunatkan untuk membaca dua khutbah sebagaimana khutbah Jumaat dari segi rukun dan syaratnya. Di dalamnya disentuh masalah taubat, melakukan kebaikan dan juga memberi amaran agar umat Islam menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah.
Cara Bacaan Ketika Solat Gerhana
Pertama : Bagi solat sunat gerhana matahari, bacaannya adalah secara perlahan atau senyap
Hadis daripada imam Tarmizi daripada Samurah bin Jundub telah berkata : Nabi s.a.w telah sembahyang dengan kami pada kusuf (gerhana matahari) tidak didengari baginya suara.
Kedua : Bagi solat sunat gerhana bulan pula, bacaaannya adalah secara kuat
Hadis diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim daripada ‘Aisyah : Nabi s.a.w telah membaca secara kuat dalam solat khusuf (gerhana bulan) dengan bacaannya.
Daripada kedua-dua hadis ini memberi kefahaman kepada kita bagaimana solat gerhana matahari dibaca perlahan kerana ia ditunaikan pada waktu siang.Manakala solat sunat gerhana bulan dilakukan pada waktu malam yang menyebabkan ia dibaca secara kuat.
Mandi Sunat Gerhana
Disunatkan kepada kita untuk mandi sebelum solat sunat gerhana sebagaimana hari Jumaat kerana kita mahu keluar untuk solat berjemaah.

FIKIR SEBENTAR.....


Dalam kitab Zahrir Riyadh, diceritakan bahawa Nabi Yaakub alaihissalam bersahabat dengan Malaikat Maut. Suatu hari Yaakub dikunjungi Malaikat Maut. Dia bertanya kepada Malaikat Maut, “Adakah engkau datang untuk menziarahi atau mencabut nyawaku?”
Kata Malaikat Maut, “Untuk berziarah saja.”
Kata Yaakub: “Aku ada permintaan. Apabila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah engkau beritahu aku terlebih dahulu.”
Jawab Malaikat Maut: “Baiklah, aku akan utus dua atau tiga utusan.”
Ketika ajal Yaakub semakin hampir, Malaikat Maut datang kepadanya, lalu ditegur Yaakub, “Adakah engkau datang utnuk berziarah atau mencabut nyawaku?”. “Aku datang untuk mencabut nyawamu!” balas Malaikat Maut. Yaakub kehairanan dan bertanya, “Bukankah engkau sudah berjanji akan menghantar dua atau tiga utusan terlebih dahulu?”
Malaikat Maut menjawab, “Benar dan aku telah melakukannya. Rambut hitam berubah putih, tubuh kuat berubah lemah, itu adalah utusanku kepada manusia sebelum mereka mati, wahai Yaakub.”.

Fikir-fikir, renung-renung dan muhasabah diri: Kita dimana ?.... 



12 Jan 2010

BERSYUKURLAH ........

Erti Syukur secara mudah ialah berterima kasih dan mengenang jasa.
Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.
Hadis Nu'man bin Basyir r.a, bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda "barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala."
Bersyukur kepada manusia bermaksud menghargai dan berterima kasih kepada manusia yang banyak menabur jasa dan bakti kepada kita tanpa diminta dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Mereka yang dimaksudkan ialah seperti ibu-bapa kita, para guru dan Rasulullah SAW. Di samping memuji-muji dan mengagung-agungkan jasa kebaikan mereka, kita juga dituntut agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk mereka.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. ditanya oleh isteri baginda mengapakah baginda begitu kuat dan banyak beribadat terutama solat malam sehingga bengkak kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah "Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur !".
Orang yang tak bersyukur ialah orang yang lupa diri dan tak tahu mengenang jasa.
"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?". Surah Yaasin: 73.
"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: )
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim : 7)

11 Jan 2010

AZAM BARU




Kita masih lagi di mood tahun baru, tahun baru Masihi 2010 dan tahun baru Hijriah mengikut kalendar Islam. Untuk kali ni, saya kongsikan satu azam yang amat bagus untuk menjadikan diri Anda orang yang berfikiran positif.
Azam tu adalah - tekad melatih diri untuk bersangka baik dengan sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan dalam seburuk cemanapun situasinya. Kita memang susah nak bersangka baik pada seseorang apatah lagi orang tu marahkan kita, sakitkan hati kita atau simply perangainya menggeramkan kita.
Apa kata kita bersangka baik saja dengan sikap diorang tu?
Fikir yang baik-baik tentang dirinya, sikapnya, perilakunya, cakapan-cakapannya dan hasil kerjanya. Diorang sebenarnya orang baik, tapi sikap diorang berubah jadi kurang baik disebabkan oleh himpitan masalah dan berbagai musibah. Terima mereka seadanya.
Bersangka baik dengan orang lain adalah tiang kepada sikap berfikiran positif. Andaikata kita sekejap bersangka baik sekejap bersangka buruk, itu maknanya tiang kepada sikap berfikiran positif dalam diri kita kurang teguh, rapuh serta mudah dirobohkan oleh sikap berfikiran negatif.
Molek kiranya pada tahun 2010 ni, kita set azam untuk sentiasa bersangka baik pada setiap orang disekeliling kita, bersangka baik pada setiap situasi yang kita lalui, bersangka baik pada setiap perkara yang datang pada kita walau buruk cemanapun rupanya.
Letak mindset untuk bersangka baik dengan setiap orang pada setiap hari, bermula pada saat Anda bangun pagi. Fikirlah sejenak........

9 Jan 2010

UJIAN DAN COBAAN


Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti.
1- Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu angguta tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, tidak aman dan lain-lain lagi. Dengan cubaan tersebut, adakah manusia yang berakal sanggup menyandarkan kepada Allah SNW dan sanggup melakukan ibadah walaupun dalam kesusahan.
2- Cubaan melalui kekayaan seperti kehilangan kecurian, kebakaran, rosak dan sebagainya. Memberi kesedaran dan muhasabah diri kepada manusia, kenapa ia ditimpa bala. Kejadian tersebut adalah memberi petanda bahawa manusia tidak boleh melawan takdir dan kuasa Allah atau manusia itu lemah. Ingatlah bahawa bila-bila masa sahaja manusia akan musnah dengan kehendak Allah
3- Cubaan melalui anak dan keluarga seperti sakit, gila, lumpuh, derhaka dan lain-lain. Sebagai cubaan dari Allah untuk nak menguji setakat mana keimanan manusia yang dikatakan beriman itu.
Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana:
a- Hasil undangan dari kedurhakaan manusia: hasil usaha perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia oleh Allah sebagai pembalasan langsung dari dosa-dosanya itu.
Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda
kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa kedurhakaannya di dunia ini, dan
dan ia akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci dah bersih. Kemungkinan
lainnya ialah untuk meninggikan mertabatnya, baik di dunia mahu pun di akhirat iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapat hukuman.
b- Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus dirundung malang,dan nantinya akan di ganti di akhirat dengan rahmat dan juga keredhaanNya.
Apabila seseorang itu menghadapi segala cubaan, ujian dan rintangan dengan
redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan jalan yang sebaik-baiknya, tidak
mengeluh, gelisah atau pun berputus asa. Allah akan mempermudahkan jalanan hidupnya.Memudahkan hisab di akhirat nanti, dan memberkati hidupnya.


CARA BERBELANJA SEBENAR

Garis panduan berbelanja sebenar. Diantaranya:
1. Ikut keperluan. Iaitu keperluan yang mesti ada. Kalau tiada boleh mendatangkan kesan menyusahakan. Bukan barang luxury, hanya keperluan asas.
2. Ikut kemampuan. Setelah dikenal pasti keperluan asasi tersebut, maka jenis berang yang hendak dibeli itu disesuaikan dengan kemampuan. Umpamanya sesorang itu memang perlukan peti sejuk. Maka pilihlah jenama dan saiznya mengikut keupayan.
3. Seseorang yang memang mesti memakai kereta. Maka kereta yang hendak dibeli itu mesti mengikut kemampun. Biar pun kadang-kadang susah sadikit kerana mungkin agak kecil.
4. Jangan ikut kemahuan(nafsu) . Apabila terdorong oleh nafsu, berbelanja ikut kemahuan. Apa saja yang terlintas dihadapan semua mahu di ragut dan di punggah, risikonya amat besar. Bukan sekadar kehabisan duit bahkan terpaksa menanggung hutang. Kadang terjadi dimana keperluan sebenar tidak dapat dipenuhi kerana wang habis kepada perkara yang tidak perlu.
Dalam ajaran Islam Tuhan melarang mencintai duniawi kerana ianya amat menggamit dan melambai nafsu. Hingga sampai ketahap mendurhakai Tuhan. Untuk memenuhi kehendak nafsu sudah tidak mengambil kira halal haram, yang penting ialah kepuasan nafsu. Disnilah perlunya bermujahaddah. Kena bersabar demi untuk mendapat keredhaan Allah. Carilah keredhaan Allah bukan status sosial atau kesenangan hidup yang melampau.
Jangan kerana mahukan kesenangan yang sedikit didunia hingga terlepas kesenangan yang kekal abadi di akhirat. Jangan kerana takutkan sedikit kesusahan didunia hingga terpaksa menanggung azab seksa yang amat dahsyat diakhirat.

8 Jan 2010

JANGAN MENCACI



RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Melakukan perbuatan seperti memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh kemampuan orang lain, memanggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik, memalukan orang, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan kepada orang lain dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah. Sesiapa yang mencaci orang lain dengan perkataan-perkataan yang buruk seumpama dia mencaci dirinya sendiri. Sebaik-baiknya sebagai umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong tanpa mengira agama dan keturunan orang yang ingin dibantu. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan itu sekalipun seseorang yang dicela memang melakukan dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu sudah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Masjid Solatiah GR

http://picasion.com