Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

1 Sep 2014

Jadilah tetamu yang setia

Pada asalnya masjid adalah tempat sujud, rumah Allah SWT. Tetamu yang datang
mengunjungi masjid adalah mereka yang sanggup mengabdikan diri kepada Allah yang maha berkuasa dengan berjanji akan menjadi hamba Allah yang sentiasa taat kepada perintah-Nya. Masjid  adalah salah satu daripada tanda wujudnya umat Islam di suatu tempat di muka bumi ini, kerana disinilah tempat pertemuan dan merupakan salah satu tanda perpaduan umat Islam. Disinilah juga wujudnya orang-orang yang bertakwa dan bersaudara. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 18:

Maksudnya:Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

Masjid tidaklah dapat disamakan dengan tempat-tempat lain seperti rumah-rumah persendirian, gedung-gedung perniagaan atau pasar kerana tempat yang suci lagi mulia ini menjadi tempat orang Islam melakukan ibadah kepada Allah SWT. Ia juga adalah tempat kebajikan yang penuh dengan rahmat dan berkat. Syeikhul Islam Ibnu Taimiah pernah menyebut di dalam kitabnya yang terulung, Majmu`at al-Fatawa  bahawa: Salah satu tempat penyatuan dan perkumpulan yang strategik untuk umat Islam ialah masjid dan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW mengasaskan Masjid Nabawi dengan menerapkan nilai takwa sebagai paksinya.


Memandangkan tempat ini mulia,  maka kita  sebagai tetamu masjid perlulah memelihara kemuliaan dengan menjaga sopan santun, sentiasa bertatatertib dan memelihara adab-adab ketika  memasuki dan berada di dalamnya. Antara adab-adab tersebut ialah:
  
Pertama: Ikhlaskan niat ketika pergi kerana Allah SWT. 

Kedua: Sebelum pergi hendaklah bersuci dari hadas, mandi sunat, mengambil wuduk,  berpakaian menutup aurat, disunatkan memakai pakaian yang baru dan berwarna putih serta berwangi-wangian. Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya: Sesiapa yang mengambil wuduk di rumahnya dan di perelokkan wuduknya, kemudian dia pergi ke masjid, maka dia adalah tetamu Allah dan menjadi kewajipan ke atas orang yang dilawati untuk memuliakan tetamunya.
Ketiga: Sentiasa tenang, tidak tergopoh gapah, sentiasa tawadhu’ dan khusuk ketika kaki melangkah ke masjid. Di riwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda dengan maksudnya: 

Jika kamu terdengar iqamat, maka berjalanlah kamu ke tempat solat dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Apa yang kamu sempat, maka solatlah dan apa yang kamu tertinggalkan maka sempurnakanlah.

Keempat: Dalam perjalanan memperbanyakkan zikir, takbir, tasbih, tahmid, tahlil dan selawat.

Kelima: Membaca doa-doa yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW ketika memasuki masjid dan ketika berada di dalamnya serta memberi salam kepada malaikat yang menjaga rumah Allah.

Keenam:  Menunaikan sembahyang sunat tahiyatul masjid, melakukan iktikaf, berdiam diri iaitu tidak membuat bising, tidak bercakap-cakap, tidak membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan, tidak melakukan sesuatu tidak baik yang mengotorkan kesucian dan merosakkan kehormatan masjid.

Dalam hadith Ka’ab bin A’jrah, Rasulullah SAW  bersabda dengan maksudnya: Jika kamu berada di dalam masjid, janganlah kamu membunyikan jari-jari kamu kerana kamu seolah-olah berada di dalam solat ketika kamu menunggu untuk menunaikannya. Ketujuh: Dilarang menjadikannya sebagai tempat laluan atau jalan melainkan sebagai tempat mengingati Allah dan tempat solat.

Rasulullah SAW menggesa umatnya agar cintakan masjid supaya dapat menyelamatkan diri dan mendapat perlindungan Allah SWT pada hari kiamat. Mereka yang sentiasa mengunjungi masjid dengan tujuan beribadat dan mendapat keredhaan Allah SWT akan memperolehi ganjaran yang besar iaitu syurga serta menjadi bukti tentang keimanan pada hari akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW:

Bermaksud: “Sesiapa yang pergi ke masjid di waktu pagi dan petang, Allah SWT menyediakan untuknya sesuatu hidangan yang biasa diberikan kepada tetamu di syurga bagi setiap kali ia pergi ke masjid samada pagi atau petang. ( Riwayat al-Bukhari)

Kita merasa bimbang dengan suasana akhir-akhir ini dengan ada segelintir masyarakat  yang kurang beradab ketika mengunjungi masjid. Mereka tanpa segan silu tidak menghormati kesucian dengan melakukan perbuatan keji seperti mencaci, memfitnah dan melontarkan tohmahan, memburuk-burukkan peribadi orang lain serta mendedahkan keaiban saudaranya. Lebih malang lagi ada yang membenarkan orang bukan Islam memberi ucapan berbau politik di dalam masjid. Perbuatan menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran fitnah, fahaman individu dan politik kepartian bertentangan dengan roh Islam. Allah SWT secara tegas menempelak sikap golongan munafik yang cuba menjadikan masjid ini sebagai alat perpecahan menerusi firman-Nya dalam surah at-Taubah ayat 107:

Maksudnya: Dan orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan, dan menguatkan keingkaran, serta memecah-belahkan perpaduan orang yang beriman, dan untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah kami kehendaki melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.)

Justeru itu menjadi tanggungjawab orang islam mengingatkan  bahawa kunjungan kita ke masjid hendaklah atas dasar ketakwaan kepada Allah SWT. Dengan itu hendaklah kita menjaga adab-adab,tatatertib, tingkah laku , perbuatan dan percakapan kita semasa berada di tempat yang mulia ini. Mereka yang hadir ke masjid atas tujuan untuk memecah-belahkan umat Islam serta memburuk dan mencemarkan imej Islam adalah dilarang dan boleh disamakan dengan golongan musyrik yang tidak layak memakmurkan masjid ini.
 marilah sama-sama kita menjaga kesucian masjid ini dengan mengelakkan diri dari melakukan kekotoran samada dalam bentuk zahir ataupun batin. unsur-unsur kekotoran,kebusukan batin dan kata-kata nista yang jelas terlambang pada akhlak dan perangai sesetengah umat Islam itu sendiri tidak sesuai dibawa masuk ke dalam masjid kerana boleh mencemarkan nama baik sebagai institusi yang suci lagi kudus. Said bin Musayyab berkata: Sesiapa yang duduk di dalam masjid, bererti  dia bertemu dengan tuhannya dan semestinya dia hanya berkata-kata dengan perkataan baik”.
marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 108:

Maksudnya: Janganlah engkau sembahyang di masjid itu buat selamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula lebih patut engkau sembahyang di dalamnya. Di sana ada lelaki yang suka membersihkan dirinya; dan Allah Mengasihi orang yang membersihkan diri mereka.)

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com