“Sesiapa
yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia
mengeratkan silaturahim”.
Riwayat:Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith:
-
Hubungan silaturahim menjamin rezeki yang berlipat ganda daripada Allah SWT dan dipanjangkan umur.
-
Silaturahim adalah merupakan sifat yang mulia yang dituntut oleh Islam.
-
Hadith ini menunjukkan kelebihan silaturahim dengan keberkatan hidup,
murah rezeki, menjaga kesihatan, meninggalkan nama yang baik selepas
mati, keturunan yang soleh, mendapat dorongan untuk beribadah dan
memelihara waktu dan sebagainya.
-
Maksud diluaskan rezeki dan panjang umur dalam hadith ini ialah bertambah berkat kedua-duanya.
Sumber : Kitab Riyadh as-Solihin