Maksud Hadith: Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan
bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang
berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:Hendaklah orang-orang yang suka
meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah
mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka
betul-betul menjadi orang yang lalai?
Huraian:
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat
jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang
yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya
dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang
dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya
lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka
semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah
mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i
sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu
sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi
syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka
mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban
dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam
yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.
JAKIM
JAKIM