Sewaktu menaiki bas menuju ke bandar, saya terlihat seseorang. Saya nampak seorang pakcik sekuruti guard (security guard) menaiki bas dengan beruniform lengkap. Dia nampak begitu yakin. Langsung tak ada riak gusar di mukanya, takut dikritik atau diketawakan kerana berpakaian sedemikian terutama oleh orang-orang muda.
Lama saya tenung dia, kemudian berfikir untuk saya membuat kesimpulan sendiri. Pakcik tu nampak amat bangga dengan kerjayanya sebagai seorang pengawal keselamatan. Sampai naik bas sekalipun dia masih mengenakan uniform kerjanya.
Dari apa yang saya nampak saya menafsirkan yang kita kena ada sikap bangga dengan apa yang kita lakukan barulah kita merasa ada cetusan motivasi dalaman untuk kita maju, tak kiralah apa jua jenis kerja kita lakukan. Dari rasa bangga tu, kita mampu menangkis umpatan, kejian, caci-makian dan kata-kata negatif dalam hati orang-orang yang kurang senang melihat kita nak maju.
Biarlah bangga kita, kita sendiri yang rasa, bukan kita tunjuk-tunjuk pada orang. Kesannya, motivasi kita sentiasa ada. Kita pergi ke tempat kerja ngan penuh semangat, penuh energetik dan penuh optimis yang kita boleh mencapai tahap cemerlang dalam kerjaya kita.
Apa yang kita selalu fikirkan,itulah yang akan jadi. Apabila kita yakin kita boleh capai tahap cemerlang dalam kerjaya, maka itulah yang akan jadi. Syaratnya, jangan ubah-ubah fikiran tu selagi ia belum benar-benar terjadi.
Mahukah Anda mengubah hidup Anda sekarang ni untuk menjadikannya lebih baik?. Sudah tentu Anda mahu, kan? Untuk itu, Anda kena ada strategi dan kemudian, Anda kena laksanakan strategi Anda.
Hari Ahad ni, ramai orang bersantai-santai. Di waktu santai sebegini, eloklah kiranya kita meluangkan masa mengkaji balik sejauh mana pencapaian kita dan setakat mana dah pencapaian kita.
Ambil sehelai kertas A4. Tanya diri Anda dengan soalan ini, “apa yang aku rasa tak ok dalam hidupku?”. Tulis soalan tu sebagai tajuk. Kaji aspek-aspek kehidupan Anda dalam perhubungan, ibadah, kekeluargaan, kelilmuan, pekerjaan dan akhirnya, kewangan. Kita bukan nak pandang belakang ke masa lalu cuma nak meneliti aspek-aspek hidup yang kita perlu perbaiki.
Tulis perkara-perkara yang Anda rasa itu kekurangan Anda, misalnya Anda susah nak buat pilihan, anda teragak-agak, Anda terlalu gopoh, Anda kurang teliti, Anda kerap berbohong atau mungkin Anda kurang bijak mengatur masa Anda sehingga segala-galanya menjadi kelam kabut. Tulis lebih dari 25 perkara yang Anda kurang puas hati dengan hidup anda.
Dalam ibadah misalnya, tulis apa yang Anda rasa tak ok, contohnya Anda selalu terlepas sembahyang Subuh, kurang khusyuk, kurang bersembahyang sunat, selalu sembahyang lewat, kurang membaca Al-Quran. Tu semua contoh saja untuk panduan Anda.
Dalam perhubungan, tanya diri Anda apa yang Anda rasa tak OK.
Mungkin, Anda rasa ada kawan Anda jadi kurang senang dengan sikap Anda. Mungkin, Anda pernah terlepas cakap atau terlebih gurau hingga orang terasa. Kaji, teliti, perhati kemudian tekadlah memperbaiki. Semua kesilapan kita tu, ada peluang untuk diubah lalu ditambah baik.
Kita sentiasa ada peluang kedua untuk memperbaiki diri kita dan memperbaiki kehidupan kita keseluruhannya. Habis peluang kedua, akan ada lagi peluang ketiga, peluang keempat dan peluang-peluang seterusnya.
Berubahlah, supaya dengan itu Anda mampu cemerlang, berjaya, bahagia seperti orang lain yang Anda nampak. Peluang sentiasa ada, cuma rupanya berbeza-beza, munculnya tak disangka-sangka.
Sehebat-hebat Anda, ada orang yang lebih hebat daripada Anda. Sepandai-pandai Anda, sebenarnya ada orang lebih hebat daripada Anda. Sebodoh-bodoh Anda, ada orang yang lebih bodoh daripada Anda. Sesusah-susah Anda, ada orang yang lagi susah daripada Anda, cuma Anda saja lum jumpa.
Pengajaran dari situasi ini adalah:
1. Bila kita tahu ada orang lebih hebat, lebih pandai daripada kita, dekatilah dia lalu pelajari sebanyak mungkin ilmu dari dirinya.
Mungkin dia mengajar dengan cara yang kasar, jadi Anda kena tahan hati serta bersabar. Mungkin juga dia akan mengajar dengan cara yang lembut, jadi anda kena berbesar hati dengan kelembutannya. Belajarlah supaya Anda jadi orang yang luas ilmu pengetahuan. Elak belajar semata-mata untuk bersaing atau untuk mengalahkan seseorang yang lain.
Mungkin dia mengajar dengan cara yang kasar, jadi Anda kena tahan hati serta bersabar. Mungkin juga dia akan mengajar dengan cara yang lembut, jadi anda kena berbesar hati dengan kelembutannya. Belajarlah supaya Anda jadi orang yang luas ilmu pengetahuan. Elak belajar semata-mata untuk bersaing atau untuk mengalahkan seseorang yang lain.
2. Sesusah-susah Anda, sebodoh-bodoh Anda (jika Anda merasa Anda kurang pandai), Ada orang yang lagi bodoh dan lagi susah dari Anda.
Ubah kehidupan mulai saat ini juga. Setiap orang ada hak untuk merasai kejayaan. Rugilah kita kalo asyik berada dalam kesusahan dan kebodohan juga kekurangpandaian yang berkekalan. Ubahlah hidup kerana hanya kita saja yang boleh mengubah tahap hidup kita sendiri, bukan orang lain.
Ubah kehidupan mulai saat ini juga. Setiap orang ada hak untuk merasai kejayaan. Rugilah kita kalo asyik berada dalam kesusahan dan kebodohan juga kekurangpandaian yang berkekalan. Ubahlah hidup kerana hanya kita saja yang boleh mengubah tahap hidup kita sendiri, bukan orang lain.
Jika Anda merasa hidup Anda susah, ada orang lain yang hidupnya lebih susah daripada Anda, cuma Anda belum jumpa. Jadi, bersyukurlah ngan hidup Anda yang sedia ada sekarang ni.
Untuk kita mencetus perubahan hidup, lihat ke atas kita. Lihat orang-orang yang berada di tahap atas iaitu orang-orang berjaya, bos-bos dan taiko-taiko besar. Lihatlah supaya kita ada semangat untuk menjadi seperti mereka lalu merasai cetusan inspirasi untuk kita mencapai tahap pencapaian mereka.
Untuk kita mencetus keinsafan supaya kita mensyukuri betapa OK nya hidup kita, lihat orang-orang yang berada di bawah kita iaitu orang-orang biasa yang hidupnya cari duit di waktu pagi, kasi habis duit diwaktu pagi tu juga. Kita kena bersyukur kerana kita tak menjadi seperti mereka. Kita perlu bersyukur, sebab sekurang-kurangnya kita tak lah sesusah mana seperti susahnya mereka.
Jangan terlalu bangga denagn kedudukan Anda sekarang, elak terlalu bangga dengan tahap pendapatan yang anda ada sekarang juga dengan kejayaan-kejayaan yang Anda dah capai. Capailah lebih banyak kejayaan, kemudian dalam masa yang sama, ajak orang lain untuk turut berjaya sama-sama Anda berusaha mencapai kejayan. Dalam perjalanan menuju kejayaan, selalulah lihat ke atas dan selalulah lihat ke bawah.
Tujuannya, supaya kita sedar siapa kita, apa gunanya kita.