Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

15 Okt 2010

ADAB BERJIRAN

TIDAK dinafikan kedudukan jiran dalam kehidupan seseorang Muslim sangat penting, tidak boleh diabaikan begitu saja malah perlu dijaga hubungan yang baik secara berterusan dengan penuh keikhlasan.Ini kerana jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita dan dianggap orang yang boleh diharapkan terutama pada saat memerlukan pertolongan atau bantuan. Sekiranya kita dalam kecemasan dan saat sangat terdesak, maka sudah tentu jiran orang paling awal tempat kita mengadu hal.
Namun hal ini tidak mungkin terjadi sekiranya kita tidak menjaga hubungan baik dengan mereka. Lantaran itulah, Islam menyuruh kita supaya selalu berbuat baik terhadap jiran sebagaimana dapat difahami dari Surah An-Nisa ayat 36 yang bermaksud: dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”
Tentu ada di kalangan kita masih keliru mengenai had lingkungan jiran? Menurut ulama, had lingkungan jiran itu ialah orang yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu kawasan (tanpa pembesar suara). Namun pendapat yang masyhur ialah yang pernah diriwayatkan oleh ‘Aisyah bahawa had lingkungannya 40 rumah dari segenap penjuru.
Kalau kita renungi dalam kehidupan sekarang terutama di kota besar, apakah semangat berjiran itu masih diamalkan? Apakah kita kenal siapakah jiran sebelah? Bagi orang Islam yang benar-benar menghayati segala tuntutan Islam sudah tentu tidak timbul sedikitpun persoalan demikian.
Ini kerana walau di mana tempat tinggal akan selalu bergaul mesra, berbuat baik serta menghormati jiran tanpa mengira darjat, bangsa dan agama. Inilah bukti keimanan seseorang sebagaimana dijelaskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW iaitu, “Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya.” ( riwayat Muslim)
Pergaulan serta perhubungan yang baik dengan jiran akan membuahkan kehidupan harmoni serta sejahtera. Lebih daripada itu, akan tampak perpaduan dalam masyarakat. Bagi melahirkan suasana itu, maka seseorang perlu tahu dan amalkan adab dalam kehidupan berjiran. Tanggungjawab yang perlu disempurnakan oleh setiap individu Muslim terhadap jirannya sebagaimana garis panduan yang pernah diutarakan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitab Bimbingan Mukmin iaitu:
1. Memulakan memberi salam kepada jirannya;
2.  Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian atau mengucapkan tahniah ketika mendapat kejayaan;
3. Jangan terlalu banyak bertanya hal-hal peribadinya;
4. Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya;
5. Menutup keaiban yang berlaku pada jirannya;
6. Sentiasa bersikap lemah-lembut terhadap anak-anak jirannya;
7.  Sentiasa membantu apabila ditimpa musibah atau kemalangan;
8. Tidak menyakiti dan menyusahkan jirannya.

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com