Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

2 Apr 2010

SAKITNYA.........MATI ?.


Ada riwayat mengatakan Rasulullah s.a.w. ada menyifatkan bahawa sakit mati itu seperti ditetak 300 bilah pedang. Macam mana tu? Aku tak tau. Sebab tak pernah rasa lagi. Kalau sapa yang pernah rasa, boleh la kongsi-kan pengalaman anda di sini.
Rasulullah s.a.w. sendiri mengalami demam panas dua minggu menjelang detik kewafatan baginda. Pada saat-saat akhir itu, rasulullah memasukkan tangan ke dalam bejana lalu dianbil air dan disapukan ke mukanya serta dilurutkan sampai ke rambutnya lalu berdoa: " Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi ujian kematian ini, lunakkanlah aku di atas kematian ini wahai Tuhan. "
Doa rasulullah itu didengari oleh anaknya Fatimah. Fatimah menangis lalu berkata,  Wahai ayahanda-ku Rasulullah, masakan ayahanda seorang rasul merasakan kesakitan mati. " Nabi memegang tangan Fatimah lalu bersabda: " Wahai Fatimah, ini sahaja kesakitan buat ayah, selepas ini ayah tidak akan merasakan kesakitan lagi... "
Kesakitan mati itu berlainan bagi setiap orang. Kematian orang yang taat lain rasa-nya. Kematian orang yang derhaka juga lain rasa-nya. Rasulullah s.a.w. berkata kepada Barra' bin Azib yang bermaksud, " Wahai Barra', orang yang baik itu, waktu malaikat maut mencabut nyawa-nya, malaikat akan mencabut-nya dengan lunak sekali seperti air yang jatuh dari atas mengalir ke bawah. "
Walaubagaimanapun, sakit-nya mati itu tetap terasa. Proses mencabut nyawa bermula apabila malaikat maut beada di bahagian kepala dan akan mencabut nyawa dari bahagian ubun-ubun, di-rentap lalu bergegar tubuh. Pada waktu itu dari bahagian tumit ke bawah sudah tidak bernyawa lagi. Kemudian di-tarik lagi dan ketika itu bahagian lutut ke bawah pula sudah tidak bernyawa. Dan begitulah seterus-nya. sampai nyawa di kerongkong dan ketika itulah pintu taubat ditutup (mengikut sesetengah pandangan ulama).
Nabi Muhammad s.a.w. membayangkan malaikat mencabut nyawa orang yang derhaka umpama satu guni yang penuh dengan gandum dan diletakkan satu cangkuk yang besar lalu direntap cangkuk itu sampai ke bawah lalu terburailah isi-nya. Sungguh kasar dan keras kerja malaikat maut terhadap orang yang menderhakai Allah.

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com