Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

7 Apr 2010

SABAR DAN TABAH


Manusia yang hidup di dunia ini tidak akan dapat lari daripada menerima qadak dan qadar Allah Subhanahu Wataala seperti musibah-musibah yang menyebabkan penderitaan dan  kesusahan sebagai cabaran dan ujian dari Allah Subhanahu Wataala dan harus dihadapi dengan penuh kesabaran.
Sesungguhnya sifat sabar dan tabah dalam menghadapi apa jua musibah seperti sakit amat perlu kepada seorang hamba Allah. Kerana dengan sifat-sifat tersebut akan membolehkan kita menjadi orang yang reda terhadap qadak dan qadar, bahkan ia boleh mengelakkan diri kita dari bersikap

marah,kecewa, putus asa dan resah gelisah dalam menghadapi kesakitan yang dialami. Ketahuilah sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala mencintai orang-orang yang sabar dan sentiasa bersama-sama mereka.
Firman Allah Subhanahu Wataala:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh dan dengan merasai kelaparan dan dengan  erlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah  khabar gembira kepada orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah ayat 155
)
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak satu musibah pun yang menimpa diri seorang Muslim, sama ada yang berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan kedukaan ataupun penyakit, bahkan kerana sepotong duri yang mencucuk kakinya (anggotanya) , melainkan dihapuskan oleh Allah dengan itu sebahagian dari kesalahannya". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Oleh itu semua dugaan adalah datang dari Alllah untuk menguji hamba-hambanya supaya memantapkan ketakwaannya..

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com