Ilmu agama adalah ilmu yang mulia dan sangat berguna untuk dunia dan akhirat.Dengan ilmu inilah manusia akan mengenal tuhannya, manusia mengenal dosa dan pahala, syurga dan neraka, baik dan buruk termasuk manusia mengetahui bagaimana cara-cara untuk beribadat sebagai memperhambakan diri kepada Allah SNW yang telah menciptakannya. Dengan ilmu agama juga manusia dapat menghindarkan daripada neraka Allah dan layak memasuki Syurga Allah SNW. Mnusia boleh insaf dan tunduk jika manusia faham dan memahami darimana mereka datang, adakah manusia itu hanya hidup untuk makan minum, bersuka ria, bergurau senda, tidur atau mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dihidupkan semula selepas mati dan hanya habis setakat dunia sahaja. Ilmu agama lah yang mengajar manusia tunduk kepada Allah
Maka kalau ada orang yang menggunakan ilmu yang mulia ini hanya untuk mencari harta benda dunia yang sebenarnya tidak bernilai disisi Allah SNW bermakna ia telah menyalah gunakan anugerah besar yang telah dikurniakan oleh Allah SNW, maka patutlah Allah SNW memurkainya dan menghalangnya daripada memasuki syurga kerana orang itu sendiri tidak mahu menjadikan ilmu yang mulia itu sebagai jambatan yang menyampaikannya kenegeri syurga.bahkan bau wangi pun tidak dapat diciumnya sedangkan bau wangi syurga itu sudah tercium dari jarak perjalanan 500 tahun sebelum sampai kepadanya. Sabda Nabi SAW:
Daripada Abu Hurairah RN berkata: Rasullullah SAW bersabda: Sesiapa yang belajar ilmu pengetahuan dari jenis yang sepatutnya, hanya dipelajari untuk mencapai keredhaan Allah (iaitu ilmu agama) sedangkan ia tidak mempelajari ilmu tersebut kecuali hanya untuk mencapai tujuan keduniaan, maka orang yang sedemikian itu tidak akan mencium bau wangi syurga. (hadis riwayat Abu Daud)