Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

30 Nov 2009

KUBUR DESTINASI PERTAMA AKHIRAT


Peradaban moden telah menutup mata umat manusia tentang hakikat dan kesudahan manusia akhirnya mereka hendak kemana ?.Mereka dimainkan dengan permainan dunia yang melalaikan.Menghimpunkan harta sebanyak mungkin. Selepas kematian sahaja, tangan menjadi kosong, Kekayaan dan kemuliaan didunia akan menjadi kehinaan dan kemiskinan, anak-anak akan menjadi yatim piatu, Isteri menjadi janda kerana  menuju ke suatu hari yang sangat mengerikan tanpa sesiapa yang boleh memberi pertolongan kecuali amal-amal yang telah ditinggal.
Demi Allah, harta dan anak pinak tidak dapat menolak kematian dan tidak bermunaat bagi penghuni kubur kecuali harta yang diinfaqkan dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebahgiaan dan keselamatannya.Beruntunglah orang-orang yang menahan diri dari nafsu sedar sebelum mati.  Allah SNW berfirman:  "Dan bahawasanya seseorang manusia tidaklah memperoleh selain apa yang diusahakan dan bahawa usahanya  itu kelak akan diperlihatkan kepadanya" (Najm: 39 & 40)

TANDA ORANG KUAT IBADAT


Kebiasaannya orang yang kuat ibadat ialah orang yang melakukan amalan-amalan sunat, berzikir, bersedekah, bangun malam melakukan sembahyang tahajjud dan sebagainya.Tetapi Nabi SAW menyebut bahawa orang yang kuat ibadat sebenarnya ialah orang yang sedaya upaya meninggalkan yang haram.Kesemua perkara yang haram itu pasti manusia gemar dan berusaha untuk melakukannya sedaya mungkin malah manusia terliur melihat kemaksiatan.mereka tidak segan silu melakukan maksiat malah berbangga dan menceritakan kepada orang lain atas kemaksiatan yang telah dilakukannya.
Abu Hurairah RA berkata, dia mendengar NABI SAW bersabda yang bermaksud:
 "Siapakah dikalangan kamu yang hendak menerima beberapa intisari pengajaran dariku samaada kamu lakukan sendiri atau kamu ajar kepada orang lain" Lalu aku (Abu Hurairah) pun menawarkan diri sanggup menerima ajaran itu, lalu baginda memegang lima jari tanganku dari jari kelingking hingga ke ibu jari. Sabda Nabi SAW lagi sambil memegang jari kelingking , "Ingatlah, jangan sekali-kali melakukan yang haram, kerana orang yang meninggalkan perkara yang haram itu mereka adalah kuat ibadah. 
Seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW bahwa dirinya hanya mampu melakukan yang wajib dan meninggalkan yang haram, sebaliknya tidak melakukan amalan sunat, adakah akan masuk surga. Nabi SAW pun menjawab dengan ringkas "masuk". Demikian besarnya tanggongjawab meninggalkan yang haram disamping melakukan yang wajib.

28 Nov 2009

ORANG BAKHIL SELALU RUGI

    Berdasarkan kemampuan manusia menggunakan ilmu pengetahuan dan akal boleh menjadikan dirinya kaya raya, maka Rasulullah SAW merasa yakin ke atas umatnya dan baginda bimbang di atas pengaruh kekayaan terhadap manusia.  Ramai orang yang berkemampuan menghadapi kemelesetan hidup tetapi ada juga golongan yang kaya raya terjerumus kepada kufur nikmat malah menjadi hamba dunia, asyik menghimpun harta kekayaan tanpa mengimfaqkan untuk akhirat.  Banyak contoh tentang manusia dahulu kala yang tidak tahu mensyukuri nikmat Allah SWT seperti Qarun dan Tha'labah yang akhirnya mati dengan laknat Allah SWT.  Mereka bersusah payah mengumpul harta tetapi harta mereka tidak boleh menyelamatkan mereka daripada bahaya api neraka Allah.  Inilah contoh yang terbaik sebagai panduan kita bersama.
     Seorang sahabat bernama Abu Zar al-Ghiffari meriwayatkan bahawa suatu hari Rasulullah SAW melihat Abu Zar masuk ke dalam masjid, tiba-tiba Rasullah SAW bersabda:
     "Sesungguhnya amat rugilah orang itu.  Perkataan itu diulang-ulang beberapa kali, siapakah orang yang rugi itu ya Rasulullah, lalu Rasulullah SAW menjawab orang yang rugi ialah orang yang bersusah menghimpunkan harta, tetapi dia tidak membelanjakan ke jalan Allah.  Mereka rugi kerana walaupun dia banyak harta tetapi miskin dengan amal kebajikan".

     Apahkah ertinya menghimpun harta kekayaan itu?  Apabila mereka menghimpunkan harta, maka harta mereka akan dimiliki oleh waris-warisnya setelah dimasukkan ke kubur dalam keadaan miskin kerena harta itu tidak diimfaqkan ke jalan Allah dan warisnya juga tidak berbuat demikian.  Sedangkan roh seseorang yang berada di alam kubur sangat berhajat kepada keperluan amal ganjaran di atas dunia dahulu, tetapi sayang sikapnya yang membuatnya miskin dalam kubur, walaupun dia meninggalkan wang berjuta-juta.  Sesungguhnya Allah SWT mencipta dua orang malaikat yang ditugaskan setiap hari berdoa kepada orang pemurah dan bakhil seperti sabda Nabi SAW.  Malaikat itu memohon doa kepada Allah SWT yang bermaksud:
    "Ya Allah! aku memohon kepadamu agar engkau gantikan harta orang sedekah itu semata-mata keranamu Ya Allah dan Ya Allah binasakanlah jalan-jalan mereka yang bakhil akan hartanya".  
     Oleh itu orang-orang yang mendermakan dan membelanjakan harta mereka tidak akan papa kedana, sebaliknya orang-orang yang bakhil itu walaupun banyak kekayaan atas dunia tetapi mesti dalam kubur.

27 Nov 2009

BAGAIMANA MENYEMPURNAKAN WARAK


Pada suatu ketika Ibrahim bin Idham ditanya dengan soalan:
   Bagaimana meyempunakan warak ?.Lalu Ibrahim bin Adham menjawab: Iaitu dengan menganggap makhlok yang lain setaraf dengan diri sendiri. Sibuk dengan dosa sendiri dari asyik memikirkan dosa orang lain. Anda hendak memikirkan dosa anda sendiri, menyegerakan taubat kepadanya disamping menghapuskan rasa tamak kecuali untuk mendapat keredaan Allah SNW (petikan dari Bahtera Penyelamat)

TEMPAT REHAT YANG SEMPIT


Nikmat atau siksaan kubur adalah satu perkara yang akan dihadapi oleh setiap orang yang telah mati ketika berada dalam kubur sebagai tempat sementara menantinya Hari Qiamat.Maka sesiapa yang selamat dalam kubur bererti dia telah berada dalam taman syurga tetapi jika sekiranya ia tidak selamat dan di kenakan siksaan bererti penghuni tersebut telah berada dalam lubang neraka. Oleh itu Saidina Osman bin Affan selalu menanggis apabila beliau melintasi di tanah perkuburan dan beliau memohon perlindungan dengan Allah SWT daripada sisksaan kubur dan memohon daripadanya mendapat kenikmatan dan kelapangan.
Sabda Nabi SAW marhumnya:
Daripada Abu Said Al-Khadri r.a. berkata : Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke tempat sembahyangnya dan beliau melihat beberapa orang di kalangan sahabat yang tertawa berbahak-bahak lalu beliau bersabda: Jikalau kamu memperbanyak mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan, nescaya aku dapati kamu bukan seperti keadaan kamu sekarang ini.  Oleh itu perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan iaitu mati.  Maka bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur itu berkata kepada manusia: aku tempat perasingan, akulah tempat persendirian, akulah rumah tanah, akulah tempat yang penuh dengan ulat, maka apabila dikuburkan seseorang yang beriman, kubur akan berkata kepadanya: selamat datang untuk kamu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling aku kasihi yang berjalan di atas belakangku.  Pada hari ini urusanmu telah diserahkn kepadaku, maka engkau akan melihat betapa aku berbuat baik bagimu, lalu kuburkan akan meluaskan sejauh mata memandang dan dibukakan baginya satu pintu yang dapat menyampaikannya kepadanya.  Dan apabila dikuburkan orang yang sangat banyak berbuat maksiat atau (syak perowi hadis) seorang yang kafir, maka kubur akan berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling ku benci yang berjalan di atas belakangku.  Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku, mak engkau akan melihat betapa aku akan membalas perbuatanmu.  Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.  Ketika Rasulullah SAW menceritakan hal ini beliau menyilangkan di antara jari-jari tangannya, kemudian beliau bersabda lagi: Maka Allah SWT mengarahkan kepadanya 70 ekor ular yang sangat berbisa jikalau hanya seekor daripada menyemburkan bisanya ke atas permukaan bumi ini, pasti tidak akan tumbuh lagi sebarang tamanan sampai ke akhir umur dunia ini. maka ular-ular yang berbisa tadi mengigit dan melukai  dan teruslah ia dalam keadaan demikian itu sehingga sampai waktu untuk dihisab dihadapan Allah SWT. Begitulah keadaan sebuah kubur, adakalanya merupakan satu taman daripada taman syurga atau salah satu lubang, lubang neraka.  (Hadis  riwayat al-Tarmizi)
  

25 Nov 2009

NASIHAT IBRAHIM BIN IDHAM


Diceritakan ada seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim bin Idham: "Hai bapa Ishak (Ibrahim). Saya ini telah menzalami diri sendiri, maka terangkan padaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku". Ibrahim bin Idham pun menjawab: "Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan 5 perkara (yang akan aku katakan)) nescaya apa sahaja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudaratkan diri mu. Lelaki tersebut pun berkata: Apa dia ?. Cubalah engkau beritahu wahai bapa Ishaq. Ibrahim menerangkan: Pertama
Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah, maka jangan engkau makan rezeki Allah!. Lelaki itu meningkah dan berkata" Dari sumber manakah lagi aku hendak makan, sedangkan segala yang ada atas dunia ini ialah rezeki kurniaan Allah " Ibrahim idham mencelah " Wahai pulan, adakah patut dan wajar engkau makan rezeki kurniaan Allah, kemudian engkau menderhaka kepadanya!. Tentu tidak" jawabnya. Baiklah Yang kedua: 
Ibrahim menerangkan lagi: "Bila engku hendak menderhaka kepda Allah, maka janganlah engkau menginap dimana-mana atas dunia ini. Lelaki itu pun berkata: "Ini lebih hebat lagi dari yang pertama". kalau timur, Barat dan antara kedua semuanya adalah kepunyaan Allah, maka dimana pula aku akan tinggal. Ibrahim mencelah: " Hai pulan, adakah engkau patut makan rezeki Allah, tinggal dibumi Allah dan kemudian engkau menderhaka kepadanya." Tidak, jawabnya. Yang ketiga:  
Ibarahim menerangkan lagi: Kalau engkau mahu menderhaka, sedangkan engku makan rezki Allah dan tinggal dibuminya, maka carilah tempat yang berkira-kira dia tidak nampak engkau mencabar perintah Allah. Kalau engku sudah temui, nah engkau lakukan maksiat tersebut." Lelaki itu pun berkata " Hai Ibrahim!. Bagaimana aku dapat berbuat demikian, sedangkan Allah maha mengetahui, malah ia tahu apa yang tersembunyi sekalipun?. "Ibrahim menjawab Hai pulan: Adakah engkau patut makan rezekinya, tinggal dibuminya, menderhaka kepadanya, walhal ia mengetahui hakikatmu  dan melihat apa yang engku lakukan secara terang-terang?" Tidak jawabnya, " Yang Ke Empat:
Apa dia tanya lelaki itu. Jawab Ibrahim " Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawa mu, maka katakan padanya: " Berikan aku tempoh untuk bertaubat Nasuha dan untuk beramal soleh kerana Allah" Takkan dia mahu menurut perintahku" Jawab lelaki itu. Hai pulan " Kata Ibrahim: " Apakah dalam kedaan engkau tidak terdaya menolak maut untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak terdaya menolak maut, untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul, maka dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat (dengan Maksiat mu)?"  Lelaki itu bertanya lagi: Yang kelima:
Ibrahim menerangkan: Apabila datang malaikat Zabaniah pada hari Qiamat hendak membawa mu masuk neraka, maka janganlah engkau mahu pergi bersamanya!. "sudah tentu mereka tidak akan biarkan aku atau menerima permintaan ku: sampuk lelaki itu. Kata Ibrahim " Kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?." Lelaki itu pun berkata, Wahai Ibrahim cukuplah, cukuyplah" Saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepadanya. Lelaki tersebut pun akhirnya ikut beribadah bersama ibrahim hingga mereka dipisahkan oleh ajal masing-masing. (Dari kitab Tawwabin)

24 Nov 2009

DIUSIR DARI SYURGA


Sifat takabur sangatlah dimurkai oleh Allah SNW kerana sifat ini hanya layak dimilik oleh Allah sahaja. Orang yang takabur itu akan dimasukan kedalam neraka Allah walaupun ia memilikinya sedikit sahaja dalam dirinya kerana sifat takabur itu sifat syaitan dan makluk tidak layak memiliki sifat itu. Maka sesiapa yang cuba merebut sifat sombong, maka ia memusnah diri sendiri dan terjerumus keneraka Allah.
Allah mengusir Iblis dari surga kerana sifatnya yang sombong.yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam Bagai mana pula dengan kita ini yang tidak mahu sujud kepada Allah SNT yang telahpun diperintahkan wajibnya 5 x sehari semlam.Adakah serupa dengan Iblis ?.... Kita makan dan minum rezeki Allah yang berikan, kita sihat Allah yang kurniakan, kita menikmati segala-gala kenikmatan atas dunia ini adalah kenikmatan yang Allah anugerahkan.Apakah kita tidak terfikir semuanya itu datang daripada Allah.Kenapa masih ramai lagi manusia derhaka kepada Allah.Meraka tidak berterima kasih pada Allah tetapi. Apabila Allah meyekat kenikmatan dan menurunkan bala kepada mereka, mereka mengeloh dan barulah  ketika itu mereka sedar mengingati Allah. dan ada pula tidak sedar dan terus menderhakai Allah. Itu lah sebahagian daripada perangai manusia.Sabda nabi SAW:
  Daripada Abdullah bin Mas'ud RN , Rasullullah SAW bersabda yang mafhumnya: Tidak akan masuk kedalam syurga seseorang yang ada dalam hatinya sifat takabur (kesombongan) walaupun hanya sebesar debu lalu ada salah seorang sahabat bertanya "sesungguhnya ada seorang yang suka bahawa pakaianya itu baik dan kasutnya baik" lalu nabi menjawab: "Sesungguhnya Allah SNW itu indah dan suka kepada keindahan. Takbur itu menolak yang benar dan menghina orang lain. (Hadis Riwayat Muslim)

23 Nov 2009

EMPAT PERTAYAAN YANG MESTI DIJAWAB


HADIS NABI SAW.
Daripada Abi Barzah Nazlah bin  Abdul AlAslami RN berkata: Nabi SAW bersabda: Belum berganjak lagi kedua kaki seseorang hamba (dihadapan Allah SNW pada hari qiamat) sehingga lebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya untuk apa dihabiskan dan akan ditanya tentang ilmunya untuk apa ia melakukanya dan akan ditanya tentang harta daripada mana ia diperolehi dan untuk apa dibelanjakannya dan tentang tubuh badanya untuk apa ia di gunakan (Hadis Riwayat Tarmizi)
Apabila manusia berada di Mahsyar nanti, sebelum memasuki syurga atau neraka, semua manusia akan disoal dihadapan Allah SNW. Semua soalan itu mesti dijawab dengan jawapan yang baik dan benar belaka.Pada hari itu semua akan berkata benar dan tidak seorang pun yang berani berbohong dengan Allah. Jika mulut cubu berbohong, maka Allah akan mengucinya dan seluruh anggota lain akan bercakap sebagai saksi dan mengaku atas apa yang pernah dilakukan diatas dunia dahulu. Firman Allah dalam surah Yasin ayat 65 yang bermaksud:
  "Pada hari itu kami tutup mulut mereka dan bercakap kepada kami tangan2 mereka dan bersaksi dihadapan kami kaki2 mereka diatas apa yang mereka lakukan didunia dahulu."
Marilah fikir sejenak dan renung sedalam-dalamnya, sudahkan kita menghitung diri kita sendiri, banyak manakah amalan kita, selepas ini kita hendak kemana sebelum sampai ajal dan Allah menghitung segala amalan kita. Tepuk dada tanya iman.....

21 Nov 2009

PENUNTUT YANG RUGI




Ilmu agama adalah ilmu yang mulia dan sangat berguna untuk dunia dan akhirat.Dengan ilmu inilah manusia akan mengenal tuhannya, manusia mengenal dosa dan pahala, syurga dan neraka, baik dan buruk termasuk manusia mengetahui bagaimana cara-cara untuk beribadat sebagai memperhambakan diri kepada Allah SNW yang telah menciptakannya. Dengan ilmu agama juga manusia dapat menghindarkan daripada neraka Allah dan layak memasuki Syurga Allah SNW. Mnusia boleh insaf dan tunduk jika manusia faham dan memahami darimana mereka datang, adakah manusia itu hanya hidup untuk makan minum, bersuka ria, bergurau senda, tidur atau mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dihidupkan semula selepas mati dan hanya habis setakat dunia sahaja. Ilmu agama lah yang mengajar manusia tunduk kepada Allah
Maka kalau ada orang yang menggunakan ilmu yang mulia ini hanya untuk mencari harta benda dunia yang sebenarnya tidak bernilai disisi Allah SNW bermakna  ia telah menyalah gunakan anugerah besar yang telah dikurniakan oleh Allah SNW, maka patutlah Allah SNW memurkainya dan menghalangnya daripada memasuki syurga kerana orang itu sendiri tidak mahu menjadikan ilmu yang mulia itu sebagai jambatan yang menyampaikannya kenegeri syurga.bahkan bau wangi pun tidak dapat diciumnya sedangkan bau wangi syurga itu sudah tercium dari jarak perjalanan 500 tahun sebelum sampai kepadanya. Sabda Nabi SAW:
  Daripada Abu Hurairah RN berkata: Rasullullah SAW bersabda: Sesiapa yang belajar ilmu pengetahuan dari jenis yang sepatutnya, hanya dipelajari untuk mencapai keredhaan Allah (iaitu ilmu agama) sedangkan ia tidak mempelajari ilmu tersebut kecuali hanya untuk mencapai tujuan keduniaan, maka orang yang sedemikian itu tidak akan mencium bau wangi syurga. (hadis riwayat Abu Daud)

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com