Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa 
pada hari isnin. Baginda pun bersabda, “Hari isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan juga Allah menurunkan al-Qur’an kepadaku”. (Hadith Riwayat Muslim)
pada hari isnin. Baginda pun bersabda, “Hari isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan juga Allah menurunkan al-Qur’an kepadaku”. (Hadith Riwayat Muslim)
Huraian Hadith: 
 a. Islam menggalakkan kita agar berpuasa sunat pada hari isnin, kerana 
pada hari itu Baginda dilahirkan. Baginda dilantik menjadi Rasul dan 
hari itu juga al-Qur’an diturunkan kepada Baginda.
b. Orang yang banyak berpuasa sunat termasuklah berpuasa pada hari isnin
 akan mendapat keredhaan Allah di dunia dan juga akhirat. Disamping 
 dapat melatih diri mereka bersifat dengan sifat-sifat yang mulia 
sepertimana yang digalakkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
   Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

 
 



