Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah bersabda, “Bercakap dengan perkataan yang baik merupakan sedekah.” (Riwayat:
al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
- Islam menganjurkan umatnya supaya bercakap dengan menggunakan perkataan yang baik sesama manusia.
- Bercakap dengan menggunakan perkataan yang baik semasa berjumpa dengan sesama muslimin merupakan sedekah. Melakukan sedekah bukan hanya dengan harta malah dengan senyuman dan kata-kata yang manis.