Pada suatu malam Imam Malik bin Anas bermimpi melihat Malaikatul Maut. Kemudian dia bertanya kepada malaikatul maut itu. “Ya Malaikatul Maut, masih tinggal berapa lama lagi usiaku?”
Malaikatul Maut memberi isyarat dengan kelima jarinya. Imam Malik tidak mengerti maksud Malaikatul Maut itu. Maka ia bertanya lagi.
“Lima apa ya Malaiktul Maut? Apakah 5 tahun? 5 bulan? 5 minggu? 5 hari?” Belum sempat mendengar jawapannya, Imam Malik r.a terbangun daripada tidurnya.
Esok paginya beliau pergi menanyakan tentang mimpinya kepada seorang ahli mimpi iaitu Imam Ibnu Sirin. Kata Ibnu Sirin, “Ya Malik, mimpi mu itu baik-baik sahaja. Malaikatul Maut tidak bermaksud mengatakan 5 tahun, 5 bulan, 5 minggu atau 5 hari. Tetapi ia hendak mengatakan kepadamu bahawa pertanyaan mu itu termasuk ke dalam lima rahsia ilmu ghaib Allah yang tidak diketahui oleh sesiapapun selain Allah SWT sendiri."
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang hari Qiamat; dan Dialah yang menurunkan Hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”