Dikuasakan oleh Blogger.

About Me

Foto Saya
ipoh, perak
X KAGAT....?.

Blog Archive

SMS ampang ipoh 24 /6/ 11

gif webcam

DI SMA Chemor 13/5/12

pictures to gif

Di SMA Chemor

animated gif maker

Guru Pendidikan Islam Ulu Kinta Jun 13

http://picasion.com/i/1VkmT/

2 Mei 2010

FIKIR SEJENAK PERBEZAAN KITA ?...


Masa untuk berfikir sebenarnya ada.. tetapi kita sendiri yang menyemakkannya dengan pelbagai hal dan benda. Banyak masa luang tetapi kita habiskan dengan perkara yang tidak bermanfaat bagi kita. Kalaulah  boleh kita kurangkan semak dalam kehidupan kita, ..  kalaulah boleh kita kurangkan kesibukan diri kita, ..kalaulah kita kurangkan frequency menekan punat remote-control TV atau VCD player atau stereo kereta,
..kalaulah kita boleh kurangkan kehadiran kita di pelbagai pesta dan karnival... ..kalaulah kita boleh kurangkan berbual kosong di Facebook
atau YM, Skype dan seumpamanya. ...pasti kita ada masa memikirkan masa depan dan hala tuju hidup kita....pasti kita boleh membezakan cara hidup kita dengan orang  kafir....pasti kita  boleh mengenalpasti beza hidup manusia dengan haiwan ...pasti kita boleh keluar dari rutin atau kitaran “makan ..cari makan.. BERHIBUR.. tidur..” bangun makan dan seterusnya begitulah hari-hari kita.....
Mari kita renungkan tentang perbezaan cara haiwan dan cara manusia:
Jika difikirkan betul-betul perbezaan utama di antara manusia dengan haiwan ialah:
.. mereka ada otak tapi tiada akal…mereka hidup hanya mengikut nafsu dan naluri (instinct) mereka sahaja. 
Naluri  haiwan dan unggas telah diprogramkan oleh Allah yang Maha Pencipta untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.  Naluri inilah yang membolehkan haiwan misalnya:
 menyayangi,melindungi dan mempertahankan anak mereka, -  bertindak  secara berkumpulan tanpa memerlukan arahan  dari ketua,  -tahu menjejaki langkah mereka sendiri,  mempunyai sistem kommunikasi dan deria yang termaju.  Mereka makan apabila lapar, membunuh jika perlu  dan mengawan untuk survival mereka. 
Naluri inilah yang membolehkan  burung-burung tahu menganyam sarang mereka yang kompleks,  boleh mengembara  beribu batu tanpa sesat.Semua keupayaan yang menakjubkan  ini adalah naluri,instinct yang diwahyukan Allah. 
Jika diteliti, kita akan mendapati tidak ada cara bagi haiwan memperoleh  keupayaan hebat ini selain daripada diwahyukan atau diajarkan oleh Allah.  Oleh itu, kehebatan binatang membayangkan kehebatan dan keagungan Allah.
Kalau kita boleh luangkan masa dari bergosip, kalau kita boleh kurangkan chatting dan YM, kita mungkin ada lebih masa depan komputer.  Dengan masa luang itu, cuba  layari laman web  yang menjadikan sebagai motivasi mengajak kita berfikir, antaranya mengenai  keajaiban penciptaan haiwan sebagai bukti keagungan Allah Yang Maha Pencipta.
Fikir-fikir dan renung sebentar....

Masjid Solatiah GR

http://picasion.com