Pages

24 Apr 2015

Masa mustajab berdoa

Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin
Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan sembahyang jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang jumaat)).(Hadith Riwayat Muslim)
 
  Huraian Hadith: 
 
a.  Masa yang paling afdhal berdoa dan mustajab pada hari jumaat ialah ketika imam duduk di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang jumaat.
b. Di antara syarat-syarat berdoa yang dimakbulkan oleh Allah ialah hati yang ikhlas, khusyu' dan tawakal kepada Allah.
 
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin