Pages

5 Jun 2014

Tidak akan masuk syurga

Maksud hadis:
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah. “Seorang lelaki berkata, sesungguhnya seseorang itu suka pakaian cantik dan kasutnya cantik. Baginda SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia suka kepada kecantikan, takbur (sombong) itu menolak kebenaran dan menghina manusia.”
(Riwayat:Muslim)
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Takbur adalah dosa besar, orang yang takbur tidak akan masuk syurga selama-lamanya.
  2. Sifat sombong adalah di tegah oleh Islam. Oleh yang demikian umat Islam hendaklah menjauhi sifat tersebut agar segala amal ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah.
  3. Sifat takbur adalah hak Allah Taala, bukan hak makhluk yang dijadikan oleh Allah.
  4. Manusia boleh memakai apa sahaja yang ia suka demi keselesaan dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, asalkan perkara-perkara tersebut tidak dengan niat bermegah-megah.
  5. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam suatu perkara, asalkan ia dilakukan mengikut batas-batas yang dibenarkan oleh syarak.