Pages

13 Apr 2014

Bekalan musafir

Dalam satu hadis Nabi SAW telah menyatakan tentang satu bekalan yang sepatutnya dibawa oleh seseorang  di dalam perjalanan menuju keakhirat kerana kita ini sebagai seorang musafir perlulah membawa bekalan yang cukup untuk ke akhirat nanti.
Baginda bersabda kepada Abu zar dalam nada pertanyaan: " sekiranya engkau akan mengembara, apakah engkau akan membuat persiapan?. Jawab Abu Zar: Ya. Sabdanya lagi: Mahukah engkau mendengar sekiranya aku memberitahu kepada mu tentang bekalan yang amat berguna untuk menghadapi hari tersebut." Jawab Abu Zar: Bahkan mahu ya Rasullullah, demi ayah dan ibu ku. mendengar jawapan Abu Zar itu, maka baginda SAW pun bersabda:

a. berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi kebangkitan akhirat.

b. Sembahyang 2 rakaat ditengah gelap gelita malam demi nak menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur.

c. Tunaikan haji demi untuk menghadapai cabaran-cabaran besar yang menanti.

e. Hulurkanlah sedekah untuk si miskin.

f. Ungkaplah sentiasa kalimah yang benar.

g. Diam dan hindarkahlah diri dari bertutur dan melafazkan perkataan-perkataan yang tercela dan buruk.

Inilah anjuran dari Rasullullah SAW bagi merentasi perjalanan dalam mencari keredaan Allah subha nahu wataala dikalangan orang-orang yang beriman.