SELAMAT DATANG KE BLOG YANEYMS DIAMBANG MAUT. SEMOGA MENDAPAT TAUFIK DAN HIDAYAH. INSYAA ALLAH ......

KURSUS DI SEK ABC CHEMOR 13 MEI 2012

pictures to gif

31/12/2010

SATU PERINGATAN...

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYA LIMA KALI:
1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

30/12/2010

MUKJIZAT DISEBALIK BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '
yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.  Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5... Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka  maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca. 

29/12/2010

KELEBIHAN WANITA ....

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas  untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu ! daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

28/12/2010

BAGAIMANA NAK MENJAGA FIKIRAN POSITIF

Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk menjaga fikiran positif,untuk di amalkan setiap hari.
1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel.
Mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut. Biarkan ia seadanya, biarkan begitu saja. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Latih diri Anda untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen,jangan komplen,jangan ngomel.
2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu.
Cakap hanya apabila Anda tahu, diam apabila Anda tidak tahu, seperti kami pernah ulang di artikel-artikel lalu. Elak banyak bercakap seolah-olah Anda banyak tahu untuk membuat diri Anda menonjol, nampak hebat gitu. Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari fikiran negatif, diapikan oleh ego. Hentikan, supaya Anda dapat ‘maintain’ berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak mengkondem!
3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.
Berhenti salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar diri Anda. Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri Anda sendiri kerana tidak berinisiatif memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri Anda kerana tidak memainkan peranan.
Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak. Jika Anda wanita dan Anda perasan suami Anda tidak melayan Anda berbeza dari dulu, salahkan diri sendiri kerana tidak menjaga kecantikan dan tidak mengambil inisittif mencantikkan lagi kecantikan sedia ada, untuk senangkan hati suami Anda.
4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!.
Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap orang disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau orang tu makcik cleaner sahaja. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati sesiapa saja. Anda akan perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan.
5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya.
Jika sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat “aku mahu ubah sikap bertangguh”. Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat apa yang Anda tulis.
Tiap kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin, elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka bertangguh.
Untuk membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik. Barulah Anda dapat menjaga fikiran positif yang Anda dah bina.

27/12/2010

BERAPA KALI ANDA SUJUD SYUKUR ?...

Tak pernah? Atau pada situasi tertentu saja? Itu maknanya Anda kurang bersyukur. Kami sedari perkara ini apabila terbaca kebaikan dari mengamalkan sujud syukur lalu mengamalkannya. Apabila bersujud lalu melafazkan syukur sepenuh hati sehingga rasanya meresap jauh ke dalam kalbu, Anda akan jadi bersemangat serta merta. Anda rasa gembira serta merta. Entah sebab apa!
Itulah mejiknya bersyukur. Anda jadi gembira tak semena-mena. Mulai hari ini, pelajari cara untuk bersujud syukur, kemudian amalkan.
Ketika Anda bersujud syukur, ucapkan terima kasih setulus hati pada Allah Yang Maha Esa. Fikir sesuatu perkara yang Anda paling hargai sekarang ini, kemudian panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa.
Semua yang Anda ada hari ini, semua yang Anda miliki dan semua yang Anda gunakan hari ini sebenarnya pemberian Allah Yang Maha Esa cuma disalurkan melalui orang-orang disekeliling Anda. Anda dapat membaca buku-buku motivasi kerana ada orang menulisnya untuk tatapan Anda.
Anda dapat makan nasi tengahari tadi sebab ada orang menuai padi untuk Anda, menjadi beras kemudian ada orang memasaknya untuk Anda sebelum nasi itu sampai ke tangan Anda lalu disuap ke mulut Anda.
Pernahkah Anda terfikir untuk bersyukur pada Tuhan atas nikmat ini?
Pernahkah Anda terfikir untuk berterima kasih pada Allah kerana Anda dapat makan nasi tiga kali sehari, bahkan sebanyak mana Anda mahu?
Latih diri Anda untuk mensyukuri perkara-perkara asas sebab latihan sebegitu akan membuat Anda jadi gembira, bersemangat sentiasa.
Kesyukuran mendalam dapat mengikis kenegatifan, syaratnya tumpukan seluruh perhatian pada perkara-perkara di sekeliling Anda,selepas itu ucapkan terima kasih pada Tuhan kerana dengan izin dariNYA, Anda ada semua itu, Anda nikmati semua itu.

26/12/2010

HENDAK KEMANA KITA ?..

Walaupun kita selaku manusia diberikan akal oleh Allah, kita jarang mahu menggunakannya untuk berfikir dengan mendalam,  untuk bertanya kepada
diri kita sendiri erti kehidupan: “... HENDAK KE MANA AKU?”
Kita TIDAK ADA MASA untuk memikirkannya. Kita TIDAK MAHU untuk memikirkannya. Kita MENGELAK daripada memikirkannya.
Pelbagai cara dibuat, secara sedar atau tidak sedar untuk MENGHALANG kita dari memikirkannya.
Apa yang menyebabkan kita lalai? Apa yang melalikan kita? Kenapa kita tidak ada masa?  Apa di sana ada perancangan musuh Islam untuk melalai
dan melalikan kita??
Terang dan jelas bagi kita, salah satu sumber utama ialah...HIBURAN. .Kita dilalikan dan dilalaikan dengan hiburan yang berpanjangan. Hampir keseluruhan hidup kita  diselubungi, dihantui, dikelabui oleh hiburan.  Untuk berhibur kita perlukan set tercanggih..
-    Kita sanggup bergadai bergolok untuk mempastikan rumah kita mempunyai set TV, Hi-Fi, DVD paling canggih...Tidak cukup dengan saluran TV percuma...Tv berbayar juga dilanggan... janji hibur...
-    kita merasa perlu pula  untuk melanggan puluhan saluran satelit berbayar.....Untuk pastikan kita tidak perlu berfikir dalam kereta...
-    Kita berlumba melengkapkan peralatan audio paling mahal dalam kereta, lengkap dengan DVD player, agar anak-anak kita tidak terlepas rancangan hiburan kegemaran mereka. Tidak cukup dengan itu...
-    Kita penuhkan fikiran dengan pelbagai rancangan import; filem Hollywood, American Idol, Survivor, Fear factor, Extreme Makeover etc ,
-    Kita serabutkan hidup kita dengan rancangan hiburan tempatan, ada yang diciplak 90%.-  Malaysia Idol, Akademi Fantasia, Muzik-muzik, Musik-musik, Mencari Cinta etc. Jika rancangan drama tempatan tidak cukup menarik...
-    Kita semakkan hidup kita dengan drama dan telenovela dari Amerika Selatan, Filipina, Indonesia, Thailand etc. Agar kita tengelam dalam alam fantasi tanpa perlu berfikir...
-    Kita biarkan isteri, suami dan anak-anak  kita dibuai dengan produk-produk Bollywood yang tidak berputusan.. .
-    Kita ajak keluarga kita lepak di Padang dengan Konsert Sure Heboh biarpun Mufti mengharamkannya. . ahh! pedulikan itu semua!
Sekiranya kita ada sedikit masa luang untuk berfikir, orang lain sudah menjadualkan kita untuk berhibur...
-    Pelbagai konsert telah diatur seolah-olah secara berjadual sepanjang tahun, agar kita tidak ada masa untuk berfikir lagi...  konsert Hari Kebangsaan, Sure Heboh, Raya, tahun baru Cina, Deepavali, Keputeraan,
Citrawarna, Krismas, Tahun Baru dan pelbagai lagi pesta-pestaan.
-    Hidup kita diprogramkan dengan pelbagai Majlis anugerah dari masa ke semasa, Anugerah Industri Muzik, Oscar, Pesta Filem, Juara Lagu, Penyanyi Popular, Bintang Pujaan, Pelakon Terhebat, dan seribu satu macam lagi majlis. Maka di mana ada masa untuk kita berfikir?. Tidak hairanlah jika kitaran rutin hidup kita nerkisar di sekitar.. makan..cari makan.. BERHIBUR.. tidur..
Bilakah kita boleh keluar dari kitaran rutin ini?
Fikir-fikir dan renunglah... dimana kita selepas ini...
Kubur yang menanti...

25/12/2010

ORNG SIBUK ?...

Setiap hari saya selalu berjumpa dengan orang yang sibuk.
Saya tertanya-tanya sendiri apa yang membuat diorang sibuk? Ke sana ke mari asyik terkejar-kejar. Yang pasti, saya melihat diorang tak hiraukan langsung kesesakan jalan raya, kesesakan tempat berjalan, perangai pejalan kaki lain yang seolah-olah menghalang perjalanan mereka juga tak hiraukan betapa cepatnya masa berlalu. Apabila kita sudah fokuskan minda untuk mencapai kejayaan, secara automatik kita akan rasa banyak lagi yang masih kurang – ilmu masih kurang, usaha pun masih kurang. Oleh kerana kita merasa semua tu masih kurang, kita berusaha sedapa upaya memperbaikinya, kasi tambah mana-mana yang kurang.
Kesannya, kita jadi sibuk. Kita pun tak perasan yang kita sibuk kerana kita merasa itu sesuatu yang normal pada diri kita. Lagipun, kita cepat terbiasa dengan kesibukan.
Sibuk memajukan diri lebih baik dari sibuk menjaga hal orang. Sibuk berfikir kejayaan diri lebih baik dari sibuk memikir keburukan orangserta memburuk-burukkan kejayaan orang lain. Orang yang berusaha nak berjaya, dia pasti tidak akan sibuk menjaga tepi kain orang kerana dia sudah cukup sibuk memajukan dirinya sendiri. Sebaliknya, orang yang tak berusaha nak berjaya, dia pastinya akan lebih banyak menjaga tepi kain orang dan sibuk bercakap hal orang lain dari berfikir memperbaiki dirinya sendiri.

23/12/2010

PETUA MENGELAK RASA BORING

Apakah rasa boring? Dalam bahasa Melayu, ia adalah rasa bosan. Rasa bosan  timbul apabila Anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa boring timbul apabila Anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas, boring petanda besar Anda adalah orang yang tidak ada matlamat. Berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa boring.
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika Anda tiada apa nak dilakukan, fikirkan sesuatu yang Anda rasa seronok melakukannya supaya tak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa boring cari sesuatu disekeling yang boleh Anda lakukan.
2. Jadi Workaholik.
Orang workaholik (kata asalnya adalah ‘workaholic’) adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila Anda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa boring, Anda boleh bentuk diri Anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas, sikap workaholic tak sesuai untuk orang dah kawin. Jika Anda suami, nanti isteri Anda saman Anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika Anda seorang isteri, nanti suami Anda makan megi tiap hari.
3. Set matlamat, azam, cita-cita dan impian. Selepas itu berusahalah mencapainya!
Orang yang selalu merasa boring adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu, lepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas tu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan Anda akan perasan Anda dapat mengelak rasa boring sebab Anda sudah tidak ada masa untuk merasa boring. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita Anda.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa boring dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti Anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan Anda macam tak mahu berhenti.

22/12/2010

KENAPA AZAM 2010 GAGAL

Sepanjang 2010 ni, mesti Anda ada keinginan mahu mencapai sesuatu, kan? Itulah azam. Azam ni Anda dah set pada hujng 2009 ataupun pada pertengahan tahun 2009. Tak semua orang berjaya mencapai azam pada tahun 2010 ni. Berikut adalah 3 sebab utama kenapa azam 2010 Anda gagal dicapai:
1. Anda Didepani Masalah.
Anda berdepan masalah dari berbagai arah misalnya masalah kewangan (duit asyik tak cukup), masalah perhubungan dengan kawan-kawan (tak ngam tune), kesibukan di tempat kerja, kesibukan mengurus keluarga, strategi Anda tidak mendatangkan hasil seberapa, usaha menemui kegagalan.
2.  Anda Malas Lalu Hilang Semangat.
Ada sesetengah orang meletak azam mahu memiliki sesuatu seperti kereta baru, rumah baru, kerjaya baru, gaji baru, sumber pendapatan baru, bini baru (opss!). Uuntuk mendapatkan sesuatu, dah menjadi lumrah dunia Anda akan melalui kesusahan terlebih dahulu. Setelah berdepan kesusahan serta bermacam rupa masalah, tiba-tiba Anda rasa malas, tertekan dan hilang semangat. Akhirnya Anda berhenti berusaha. Azam cuma tinggal azam. Sekadar bermain di fikiran.
3. Anda Tidak Ada Mentor Atau Sumber Ilham
Kata orang-orang berjaya kata, apa saja yang Anda lakukan, perlu didahulukan dengan dua perkara iaitu ILMU dan MINDA. Bila ilmu Anda sudah ada, minda anda sudah positif, Anda perlu perkara ketiga iaitu seorang sebagai SUMBER ILHAM atau seseorang yang memahami azam Anda.
Orang inilah yang akan memberi semangat buat Anda, memberi sokongan serta dorongan. Dia adalah isteri Anda, kekasih Anda, ibu dan bapa, adik beradik, mungkin juga kawan rapat. Anda tidak boleh berseorangan. Anda perlukan seseorang untuk menjadi ‘booster’ semangat Anda.
Walau apapun azam Anda untuk tahun 2010, pastikan Anda tulis dan baca setiap hari untuk membuat minda Anda terfokus ke arah azam itu, bukannya kepada perkara-perkara lain. Minda Anda akan menarik orang-orang tertentu, situasi, benda dan perkara ke dalam hidup anda untuk membantu Anda mencapai cita-cita Anda, walau apapun ia.

21/12/2010

MALAS CARA BIJAK

Kita boleh memberi ruang kepada kemalasan tapi dalam amaun masa yang kita kawal, bukan rasa malas tu yang mengawal kita. Bila kita lawan malas, kita akan struggle. Susah. Mencabar.
Cara paling senang, fokuskan untuk membina kerajinan. Rajinkan diri tanpa ada niat mahu melawan rasa malas. Buatlah apa-apa kerja, terutama kerja yang memberi manfaat untuk orang lain, kemudian memberi manfaat pada diri sendiri. Malas cara bijak maksudnya kita malas pada waktu tertentu.
Ada orang bermalas-malas pada waktu dia dah bajet waktu untuk bermalas-malas. Masa tu dia tak guna untuk buat kerja lain, cuma bermalas-malas. Badan kita ni perlukan sedikit waktu untuk adjust balik dia punya keseimbangan. Bila rehat tu ngam, bermalas-malasan tu ngam dia punya amaun, Anda akan bertenaga semula selepas selesai sesi bermalas-malasan. Dengan syarat, biar malas yang dikawal.
Tips bagaimana untuk mengawal malas:
1. Jika Anda merasa malas, katakan pada diri sendiri yang Anda mahu 'simpan' malas tu untuk saat yang lain, iaitu waktu yang Anda dah set untuk bermalas-malas.
2. Bila sampai masa untuk bermalas-malas, secara automatiknya Anda akan rasa relaks yang amat sangat sebab Anda dah `claim' malas yang tersimpan tu.
3. Bila sudah selesai waktu relaks, Anda akan rasa segar. Baru ada semangat nak bekerja semula.
4. Ulangi teknik ni untuk melepaskan kepenatan setelah lama rajin berusaha. Sayangi diri Anda. Bila kita rehat sekejap lepas penat bekerja, kita akan tambah bertenaga untuk bekerja semula selepas menikmati sedikit rehat. Inilah yang saya panggil `malas cara bijak'.
Memula buat memang agak susah sikit sebab badan dan minda Anda belum terbiasa.

20/12/2010

AZAM MENGIKUT AJARAN ISLAM

Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu ngam dengan kapasiti Anda. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi.Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam. Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam tahun baru, sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita.
1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.
Niatkan azam Anda kerana Allah. Anda mahu capai azam yang Anda set kerana Allah. Tanamkan kepercayaan yang DIA mahu melihat Anda menjadi muslim serta muslimah berjaya supaya dengan kejayaan itu, Anda boleh ajak muslim dan dan muslimah lain untuk berjaya seperti Anda. Andalah menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha.
2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.
Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. Tiap kali berusaha, niatkan kerana Allah supaya apa yang Anda buat menjadi ibadah. Moga apa yang Anda lakukan di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Moga dengan itu, jalan untuk Anda berjaya dipermudahkan, tanda keredhaan Allah kepada usaha Anda. Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam adalah cara untuk Anda mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang Anda lakukan tidak menjadi ibadah.
3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.
Apa yang jua yang Anda capai,pastikan Anda mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu Anda mendapat redha Allah. Set azam untuk berbakti kepada insan di sekeliling Anda. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah). Pastikan azam Anda tu mendorong Anda untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk Anda mencapai azam Anda dibuka serta dipermudahkan.
4. Set Untuk Kebaikan Bersama.
Apa jua yang Anda mahu capai sebagai azam Anda, niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi Anda seorang. Islam galakkan kita buat sesuatu untuk kebaikan bersama Anggap kejayaan yang Anda mahu capai adalah untuk kebaikan bersama. Jika Anda mahu menjadi suami cemerlang, niatkan untuk kebahagiaan isteri Anda dan untuk anak-anak Anda. Jika Anda mahu berjaya dalam perniagaan, niatkan kejayaan itu untuk kebaikan Anda, keluarga Anda dan untuk kebaikan pelanggan-pelanggan Anda. JIka Anda mahu berjaya dalam pekerjaan, niatkan untuk kebaikan Anda bersama rakan-rakan Anda, bukan bangga kerana Anda lebih berjaya daripada mereka.
5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus. Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jangan set azam semata-mata untuk bermegah. Jangan set azam Anda pada orang simply untuk membuat mereka kagum pada Anda. Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah . Anda akan mempunyai dorongan motivasi untuk bergerak mencapai azam Anda. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha Anda ke arah azam itu akan mengalami kesukaran.
Anda tak akan ada motivasi. Anda akan hilang semangat, hilang inspirasi. Anda akan tertekan. Anda tak mencapai satu apapun, Anda akan gagal, usaha lagi, gagal lagi. Jika Anda kerap gagal, pasti ada ‘something wrong’ dengan nawaitu Anda. Mungkin Anda mahu berjaya sebab Anda nak menunjuk-nunjuk kehebatan dengan rasa megah, bukan untuk berbakti

19/12/2010

TIP BAGAIMANA MENGHADAPI BOS PANAS BARAN

Tips 1: Bersangka baik dengan sikap panas barannya.
Biasanya bos yang panas baran ni dia orang yang “high expectation”. Citarasanya tinggi. Dia agak cerewet. Sepanas-panas baran dia tu, kat dalam hati dia sebenarnya baik, cuma cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada perubahan situasi disekitar tempat kerja. Sebab tu asal ada saja yang tak kena, dia akan cepat melenting.
Untuk mengambil hati seorang bos yang panas baran, Anda perlu mencapai ekspektasi yang dimahukannya. Anda kena tunjukkan dia kerajinan Anda, professionalisma Anda juga kecekapan Anda bekerja supaya dia sedar yang Anda akan kelebihan tersendiri.
Berikan dia idea-idea bernas dari kepala Anda. Beranikan diri memberi pendapat di kala rakan-rakan sekerja Anda teragak-agak untuk mengutarakan pendapat mereka. Stand out from the crowd! sikap panas baran tu jika dipandang dari sudut lain sebenarnya mendesak Anda untuk memajukan diri sendiri supaya prestasi Anda sama seperti prestasi cemerlangan yang dimahukan oleh bos Anda.
Tips 2: Dalam dia marah-marah tu, mesti ada waktu untuk dia ‘cool’ seketika.
Orang yang panas baran ni, hatinya tetap baik. Bawa dia bercerita pasal family, anak-anak, ahli keluarga dia, majlis-majlis tertentu, sukan rekreasi yang dia selalu main dan bawa dia bercerita tentang kisah hidupnya. Seorang bos akan merasa bangga apabila ada staff dia yang nak tahu cemana dia berjaya hingga dapat memegang jawatan sekarang ini.
Sudah tentu dia akan menceritakan pengalamannya dengan senang hati.
Bila dia sudah senang hati, mudahlah untuk Anda berdepan dengannya bila-bila masa. Anda boleh dekati dia. Dia juga akan merasa selesa berdekatan dengan Anda.
Tips 3: Bila bos Anda marah Anda, biarkan saja dia marah Anda semarah yang dia boleh marah.
Orang panas baran ni dia ada perasaan sakit hati pada situasi-situasi tertentu dalam hidup. Semua perasaan sakit hati tu terkumpul lama dalam ingatannya. Makin lama makin menambah, makin membanyak. Mugkin dia ada masalah kewangan, masalah perhubungan atau simply merasa tertekan dengan timbunan kerja.
Bila dia ada peluang untuk marah, dia akan lepas semua perasaan sakit hati yang terkumpul. Apabila Anda berdepan dengan bos yang pemarah, panas baran dan cepat naik marah, biarkan saja dia marah selagi mana dia marah.
Beri dia peluang untuk lepas kesemua yang terbuku kejap di hatinya. Dia gunakan kemarahan pada anda sebagai cara untuk dia lepas geram. Elak untuk memberi apa-apa respon pada kemarahannya.
Lama kelamaan bila marahnya sudah reda, bila geramnya dah hilang power dia akan menjadi seseorang yang amat baik.
Masa nilah Anda boleh gunakan untuk mendekati dia. Pastikan suasana ketika itu sunyi, bebas dari apa jua gangguan. Beritahu bos Anda yang Anda faham dengan situasi-situasi sukar yang dihadapi olehnya. Pasti hatinya luluh dengan keikhlasan Anda. Bos Anda akan menganggap Anda seorang kakitangan yang boleh dipercayai. Selepas itu, setiap kali Anda berdepan dengannya atau duduk berhampiran dengannya, Anda akan merasa selesa – tak ada takut-takut atau segan-segan.
Setiap orang yang kena marah memang akan susah melupakan rasa kemarahan itu, melainkan kita anggap yang kita sedang memberi peluang kepada bos kita untuk melepaskan tekakan yang dah lama terbuku di hatinya, seperti yang dikatakan tadi. Inilah cara untuk kita tahan kena marah. Bersangka baiklah dengan kemarahannya.

ASAS MELETAKKAN AZAM TAHUN 2011

Tahun 2010 tinggal  beberapa hari saja lagi. Pada saat ni, pasti Anda sedang memikirkan azam baru, atau mungkin merancang mahu meneruskan azam lama. Untuk itu, berikut adalah 3 langkah asas bagaimana meletak azam tahun 2011.
1. Jika Anda Masih Mahu Teruskan Azam Lama, Kali Ini Lebihkan Usaha.
Mungkin Anda tak mahu set azam baru simply Anda mahu capai azam lama.  Mesti ada sebab kenapa Anda masih tak berjaya merealisasikan azam tu pada tahun 2009, mungkin usaha kurang. Dari asyik berfikir cemana nak mencapai azam, kali ni desak diri Anda untuk berusaha mencapainya dengan melatih diri untuk menjadi rajin. Orang yang asyik berfikir tapi kurang usaha tak dapat capai apa-apa. Orang yang rajin berusaha kemudian sentiasa berfikir cemana mahu membaguskan usahanya supaya semakin menjadi, itulah orang yang akan dapat mencapai azam yang dicita-citakannya.
2. Tulis, Lekat, Baca, Ingat. (T.L.B.I.)
Tulis azam di atas kertas supaya minda Anda ‘menangkap’apa yang anda mahu capai lalu menerimanya sebagai satu arahan untuk direalisasikan. Lekat azam yang sudah ditulis tu di tempat yang Anda senang nak baca berpuluh kali dalam sehari, misalnya di dinding. Jika anda kurang selesa dengan cara ini sebab takut orang lain nampak azam yang Anda, tulis di atas sekeping kad kecil, bawa ke mana-mana dan baca berpuluh kali dalam sehari, kalau boleh sampai beratus kali sehari. Kenapa Anda perlu buat ni? Tujuannya untuk menjadikan minda Anda terfokus pada azam Anda, bukan pada perkara lain. Bila minda sudah terfokus pada perkara lain, sia-sia sajalah Anda meletak azam sebab Anda tidak merasai dorongan nak mencapainya.
3. Tetapkan, Fokuskan, Jangan Tukar.
Tetapkan 3 azam dalam satu masa, jangan lebih supaya fokus Anda tidak bercelaru,sekejap itu, sekejap ini. Ini bukan masa untuk bereksperimen. Ini masa untuk membentuk hidup yang lebih baik, sebab itu azam perlu tetap. Tetapkan apa Anda mahu capai. Jika Anda seorang pekerja, apa Anda mahu capai sebagai seorang pekerja dalam tahun 2011? Mungkinkan adakah Anda mahu capai tahap gaji yang lebih tinggi? Kenaikkan pangkat? Atau simply mahu memajukan diri dalam kerjaya Anda? Jika Anda seorang ibu, seorang isteri dan seorang anak, apakah yang Anda mahu capai dalam tahun 2011? Jika Anda seorang usahawan, apa yang Anda mahu capai pada tahun 2011 nanti? Tetapkan azam, jangan ubah selagi belum berjaya dicapai. Inilah langkah paling penting dalam meletak azam. Sebab ramai dari kita suka bertukar-tukar azam, macam tukar baju daaaa.
Kunci pada pencapaian azam adalah usaha. Usaha, usaha, usaha!

17/12/2010

DETIK TERAKHIR RASULLULLAH SAW.

Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”
Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”
Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”
Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.
Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”
Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.
Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?”
Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.
Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

16/12/2010

TIKET PERJALANAN YANG PERCUMA.

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi
Maklumat tentang perjalanan
Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah
Syarat-syarat perjalanan
Di tuju kepada semua penumpang.
Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.
Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.
Barang yang di benarkan
1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :
  a. amal solah
  b. sedekah jariah
  c. anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
  d. ilmu yang bermanfaat
Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.
Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.
Saat dan waktu berlepas
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.
Diulang...
Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.
Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:
Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu.

15/12/2010

BAGAIMANA UNTUK MENJADI MUSLIM GENTLEMAN ?..

Apa sebenarnya definasi lelaki Muslim gentleman? Ops, bukan lelaki gatalman!. Dari pandangan kami di iMotivasi, lelaki gentleman adalah lelaki mempamerkan keperibadian seperti Nabi Muhammad s.a.w. 6 tips bagaimana untuk menjadi lelaki genteleman, maskulin serta berkarisma adalah:
1. Cuci hati selalu.
Elakkan bersangka buruk, memandang rendah atau merasa diri lebih baik, lebih baik, lebih bagus. Cuci hati dengan menghadirkan rasa kehambaan, rajinkan beristighfar meminta ampun atas dosa-dosa Anda sama ada besar atau kecil, syukuri segala apa yang Anda ada hari ini.
2. Pamerkan Kesyukuran sepanjang masa.
Anda perlu upgrade energi Anda. Energi positif membuat Anda sentiasa bersemangat. Karisma serta aura Anda akan terserlah dari sini. Untuk melatih diri Anda menjadi orang bersyukur, tuliskan 100 perkara yang Anda syukuri hari ini. Senarai ini adalah senarai perkara-perkara yang Anda ucapkan terima kasih pada Tuhan kerana memberi Anda ada semua tu. Mulakan dengan diri Anda sendiri. Misalnya, tuliskan rasa bersyukur kerana Anda dapat bersarapan pagi, ucapkan rasa syukur kerana Anda ada kerja Anda untuk And a mencari rezeki, ucapkan perasaan syukur kerana Anda ada kawan-kawan berkualiti. Amalkan tiap hari. Anda akan perasan ramai orang senang bergaul dengan Anda, justeru menjadikan Anda lelaki gentleman di mata mereka.
3. Perkemaskan Pakaian, Sesuaikan Dengan Situasi.
Pakaian melambangkan peribadi Anda. Untuk menjadi lelaki gentleman, pakaian Anda kena sentiasa kemas, bersih serta harum. Bukan nak bergaya, tapi untuk kemas sepanjang masa. Tak semestinya otot lengan kena berketul-ketul untuk jadi lelaki genteleman. Jika Anda, itu satu kelebihan. Sesuaikan pakaian dengan situasi di mana Anda berada. Jadi lelaki Muslim genteleman, tak semestinya kena pakai kopiah sepanjang masa berserta baju ala-ala Raihan sepanjang masa. Pakaian kena disesuaikan dengan keadaan,barulah senang untuk diterima bergaul dengan sesiapa saja.
4. Jaga sembahyang, kawal kata-kata.
Kawal kata-kata Anda. Jangan bercakap perkara Anda tak tahu untuk menampakkan seolah-olah Anda tahu. Jangan biasakan diri mencelah perbualan, kerana Anda dianggap biadap serta tidak bersopan. Jangan cuba untuk menonjol dengan ketawa kuat, bersuara kuat atau bergaya lebih hebat. Jangan. Lelaki genteleman dari pandangan kami adalah lelaki yang menjaga sembahyangnya, mengawal kata-kata di mulut, di hati dan fikiran. Katalah perkataan baik-baik, fikir baik-baik,memuji dengan ikhlas, memberi semangat beserta dorongan dengan ikhlas, bukan sebagai sindiran.
5. Anggap setiap orang ada potensi.
Anggap setiap orang di sekeliling Anda ada potensi untuk berjaya dalam hidupnya, walau dia cuma tukang sapu sekalipun. Pandang setiap orang dengan rasa kagum,kerana setiap orang ada kelebihan masing-masing diciptakan untuknya. Seperti dikatakan sebelum ini, jangan pandang rendah sesiapa dan elak perasan bagus. Amalkan ini selalu, kesannya karisma serta sikap genteleman akan terbina dengan sendirinya.
6. Lakukan sesuatu bukan kerana duit, bukan kerana pangkat,bukan kerana darjat.
Kerjalah bukan untuk cari duit, tapi untuk berbakti. Berniagalah bukan untuk mencari untung, tapi untuk memberi khidmat. Belajarlah, bukan untuk muncul menjadi cemerlang dalam peperiksaan tapi untuk menguasai ilmu sedalam mungkin. Menyanyilah bukan untuk jadi popular, tapi untuk menghiburkan orang. Tolonglah seseorang bukan kerana mahukan sesuatu,tapi untuk meringankan beban.

13/12/2010

PETUA KHUSYUK SOLAT

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
1.     Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2.     Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3.     Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4.     Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5.     Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6.     Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7.     Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
8.     Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9.     Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10.      Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11.     Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12.     Mengambil wuduk dengan sempurna.
13.   Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14.  Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15.   Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

12/12/2010

TIP BAGAIMANA UNTUK RASA GEMBIRA SEKARANG...

Rasa gembira (happiness) adalah satu ‘feeling’. Rasa gembira adalah satu perasaan. Perasaan ini boleh dihadirkan, dipadamkan atau ditukarkan dengan perasaan lain, mungkin juga perasaan yang berlawanan dengannya. Seperti yang Anda tahu, lawan pada rasa gembira adalah duka, kecewa. Lawan paling mudah simply adalah rasa tidak gembira (unhappy). Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasa gembira dijiwa.
Tips 1: Cari seseorang, bantu dia ringankan bebannya.
Bantu seseorang di mana masalahnya lebih teruk dari Anda. Secara tidak semena-mena, Anda akan merasa bersyukur masalah Anda tidak seteruk masalah orang yang Anda bantu. Dari situ, muncul kegembiraan. Anda merasa makin bersemangat membantu orang itu, sebab Anda mahu melihat dia gembira kerana bila dia gembira, Anda pun akan rasa gembira sama.
Tips 2: Bantu saja, sekadar menolong tanpa mengharap apa-apa.
Dalam era sekarang ni, jika Anda membantu sesiapa saja tanpa mengharap apa-apa, pasti orang tu tertanya-tanya. Pasti dia merasa mesti ada niat lain disebalik pertolongan Anda itu. Untuk merasa gembira, tolong seseorang dengan melakukan apa yang patut. Tolong saja dia! Buat apa yang perlu, lakukan apa yang patut. Elak untuk kata pertolongan Anda tu ikhlas, katakan Anda cuma mahu menolong. Perkataan ‘ikhlas’ perlu Anda ubah, sebab perkataan ini selalh di salah erti.
Tips 3: Mengingati orang-orang kesayangan Anda.
Ingati orang-orang kesayangan Anda, gambarkan diri mereka sepanjang masa seolah-olah mereka ada dekat di sisi Anda sekarang ni. Imaginasikan saat ketika Anda bersama mereka satu ketika dulu atau di masa lalu. Membayangakan situasi gembira sebegitu pasti membuat Anda merasa gembira tiba-tiba. Kenapa ini terjadi? Minda Anda memberi respon pada imaginasi Anda, pastu imaginasi mempengaruhi mood Anda. Mood adalah emosi. Emosi datang dari minda. Anda boleh mempengaruhi simply dengan menggunakan imaginasi digabung dengan emosi tenang (calm).
Tips 4: Hobi.
Bina satu hobi. Hobi adalah perkara yang Anda suka lakukan tanpa disuruh-suruh. Pasti Anda ada hobi. Saat Anda tertekan, merasa geram, susah hati atau gundah-gulana, luangkan masa melakukan hobi Anda. Jika hobi Anda membaca, cari sebuah buku dan baca. Anda akan rasa gembira selepas tu! Hobi mengalihkan fokus fikiran Anda dari fikiran bercelaru kepada fikiran yang tenang saat Anda enjoy melakukan hobi Anda. Kenapa ramai orang suka memancing? Sebab ketika memancing, mereka merasa tenang. Bila ikan menjerat umpan, rasa seronok sangat. Lantas, rasa gembira itu muncul.
Tips 5: Hampirkan diri pada Tuhan sehampir mungkin.
Walau apapun agama Anda, saya dan Anda makhluk bertuhan. Pembaca iMotivasi bukan saja beragama Islam, bahkan ada beragama Buddha,Kristian dan Hindu sebab kita ini warga Malaysia. Rasa gembira ada di dalam ketenangan. Ketenangan hanya wujud apabila kita menghampirkan diri pada alam semesta dan juga pada Tuhan. Dekatkan diri pada Tuhan, dari situ Anda akan merasai ketenangan. Apabila sudah tenang, Anda akan merasa gembira dan bersyukur. Syaratnya, elak berkata negatif, berfikir negatif dan jangan sesakkan fikiran dengan rasa kemarahan.

10/12/2010

TIP BAGAIMANA MOTIVASI DIRI BULAN HIJRAH

Tip 1: Lakukan Muhasabah Diri Pada Awal Pagi
Ingat semula kejayaan-kejayaan kecil yang Anda pernah capai 12 bulan lalu sepanjang tahun Hijriah. Tekadlah untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada 12 bulan akan datang dalam tahun baru Hijriah ini. Elak mengingat kegagalan-kegagalan yang Anda pernah lalui sebab akan menurunkan motivasi Anda.
Tip 2: Kaji sikap riak,takbur,ego dan sombong tersembunyi.
Anda tak akan terlepas dari sikap riak, takbur, ego dan sombong terutama apabila Anda sudah mengecapi sesuatu tahap yang lebih baik daripada orang lain di sekeliling Anda. Pada awal Muharram ni, eloklah kiranya Anda gunakan hari itu sebagai hari untuk menggali ego-ego tersembunyi atau sikap riak tersembunyi, terutama apabila di puji. Sikap riak adalah umpan sikap negatif untuk menguasai diri Anda. Ego,riak, temberang, takbur,sombong dan bongkak adalah berpunca dari sikap-sikap negatif.
Tip 3: Pasang tekad jadi insan yang lebih berguna.
Insan yang baik adalah insan yang mendatangkan manfaat pada orang lain, simply sebab dia gembira melihat orang lain jadi bahagia dan merasa bahagia. Ubah mentaliti Anda, ubah diri Anda menjadi orang yang berguna. Walau siapapun Anda, pada Muharram ini, gunakan ia sebagai titik pemula (starting point) untuk melatih diri Anda menjadi insan berguna, lebih berguna dari yang sebelumnya.
Selamat Menyambut Hari Maal Hijrah (Awal Muharram)

WASIAT IMAM SYAFIE SEBELUM MATI

"Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada pada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA: HAK KEPADA KUBUR. Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu: Menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (PENJAGA SYURGA) Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD SAW Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

09/12/2010

PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S..W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Related Posts with Thumbnails

di sek men sri ampang ipoh pd 24 jun 2011

gif webcam